Sumpahan sumber alam dan modal insan: satu penilaian semula
Motivasi kajian ini ialah untuk menyediakan bukti empirikal peranan modal insan dalam menentukan sama ada sumber alam sebenarnya ialah satu “rahmat” atau “sumpahan”. Walaupun Sachs dan Warner (1995) mendapati sumber alam tidak membantu pertumbuhan ekonomi, namun tidak banyak diketahui mengenai hub...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9032/1/jeko_49%281%29-8.pdf http://journalarticle.ukm.my/9032/ http://www.ukm.my/fep/jem/content/2015.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Motivasi kajian ini ialah untuk menyediakan bukti empirikal peranan modal insan dalam menentukan sama ada sumber
alam sebenarnya ialah satu “rahmat” atau “sumpahan”. Walaupun Sachs dan Warner (1995) mendapati sumber
alam tidak membantu pertumbuhan ekonomi, namun tidak banyak diketahui mengenai hubungan antara sumber alam
dan pendapatan. Berkemungkinan, walaupun hubungan antara negara kaya sumber alam dan pertumbuhan ekonomi
adalah negatif, tetapi pendapatan benar di negara kaya sumber adalah positif. Kertas ini bertujuan mengkaji hubungan
dinamik antara sumber alam, modal insan dan pendapatan di negara OIC dan bukan-OIC. Berbeza dengan kajian lepas
yang banyak menekankan pertumbuhan, kajian ini menekankan pendapatan benar negara kaya sumber. Kajian juga
mengambil kira faktor modal insan dalam menentukan pendapatan negara. Menggunakan pendekatan panel dinamik
kaedah momen terilat (Generalized Method of Moments - GMM) untuk 149 negara dari tahun 1980-2010, dapatan kajian
menunjukkan kekayaan sumber alam adalah “rahmat” daripada segi pendapatan sama ada di negara OIC mahu pun
bukan-OIC. Menariknya, dapatan menunjukkan bahawa modal insan adalah faktor utama dalam menentukan “rahmat”
atau “sumpahan” bagi negara yang kaya dengan sumber alam. Sumber alam yang melimpah ruah akan menjadi rahmat
seiring dengan keutamaan memperkasa modal insan dalam membantu kepesatan ekonomi. |
---|