Konsep cipta dalam Arjuna Wiwaha
Arjuna Wiwaha adalah sebuah karya sastera klasik Jawa yang ditulis pada abad XI Masehi karya Mpu Kanwa. Secara keseluruhan Arjuna Wiwaha mengenai ajaran mencapai kesempurnaan hidup. Konsep cipta dalam Arjuna Wiwaha ini dianalisis menggunakan konsep falsafah Jawa yang berorientasi cara mencapai ke...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9054/1/9568-25876-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/9054/ http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/639 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Arjuna Wiwaha adalah sebuah karya sastera klasik Jawa yang ditulis pada abad XI Masehi karya
Mpu Kanwa. Secara keseluruhan Arjuna Wiwaha mengenai ajaran mencapai kesempurnaan
hidup. Konsep cipta dalam Arjuna Wiwaha ini dianalisis menggunakan konsep falsafah Jawa
yang berorientasi cara mencapai kesempurnaan hidup (ngudi kasampurnaan). Berbeza daripada
falsafah Yunani, ajaran dalam falsafah Jawa tidaklah dipaparkan secara langsung dalam
penuturan sistematis berdasarkan logika semata. Melainkan dijelaskan dalam bentuk cerita
sastera yang mencakup keseluruhan hidup manusia Jawa berdasarkan cipta, rasa, dan karsa
manusia. Cipta merujuk kepada struktur logika yang berupaya untuk memperoleh nilai
kebenaran, rasa merujuk kepada struktur etika yang berupaya untuk memperoleh nilai keindahan,
dan karsa merujuk pada struktur etika yang berupaya untuk memperoleh nilai kebaikan. Konsep
cipta dalam Arjuna Wiwaha di bahagikan kepada empat bahagian iaitu keyakinan tentang
Tuhan, keyakinan tentang diri, keyakinan tentang dunia, dan keyakinan tentang akhirat. Hasil
kajian ini mendapati manusia akan mengetahui nilai kebenaran (cipta) yang diajarkan dalam
Arjuna Wiwaha dengan memahami konsep gusti Allah orah sare (Allah tidak tidur), sangkan
paran (dari mana dan akan ke mana segala sesuatu di dunia ini berasal dan berakhir), sapa
ingsun (siapa saya atau siapa hakikat diri ini), aja dumeh (jangan sombong atau jangan
sewenang-wenang), aja gampang kabujuk mring kumrincinge ringgit (jangan mudah terpujuk
dengan godaan wayang atau dunia), urip iku mung mampir ngombe (hidup itu ibarat singgah
untuk minum sahaja atau perlambangan hidup yang sangat singkat), dan sapa nandur bakal
ngunduh (siapa yang menanam maka akan menuai hasil daripada apa yang ia perbuat). |
---|