Kerangka pengurusan dan pemantauan harta intelek di Pusat Inovasi Universiti
Pengurusan maklumat hasil penyelidikan yang berselerak dalam fakulti dapat diurus dengan cekap mengguna sistem pengurusan harta intelek (HI). Sehubungan dengan keperluan bagi meningkat kecekapan pengurusan dan pemantauan proses HI, beberapa penyelesaian seperti mengenal pasti proses dan prosedur d...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9096/1/8796-27362-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/9096/ http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/view/631 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Pengurusan maklumat hasil penyelidikan yang berselerak dalam fakulti dapat diurus dengan cekap mengguna
sistem pengurusan harta intelek (HI). Sehubungan dengan keperluan bagi meningkat kecekapan pengurusan dan
pemantauan proses HI, beberapa penyelesaian seperti mengenal pasti proses dan prosedur dalam permohonan HI,
pelupusan amalan manual serta meneroka kesesuaian mengguna alat teknologi maklumat (TM) dicadang. Kajian
ini bertujuan mereka bentuk dan mengesah kerangka pengurusan dan pemantauan HI yang boleh menjadi garis
panduan kepada pengurusan HI yang berkesan. Kerangka ini direka bentuk untuk disesuai dengan persekitaran
pusat inovasi yang diamanah mengurus hak harta intelek (HHI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kerangka yang dibina melibatkan tiga fasa. Fasa pertama dan kedua merangkumi pengumpulan maklumat tentang
keperluan dan masalah mengurus dan memantau proses HI sedia ada daripada tinjauan susastera dan kajian kes
di Pusat Inovasi UKM. Fasa ketiga melibatkan reka bentuk dan pembinaan kerangka sistem yang mendorong
kepada pembangunan prototaip sistem pengurusan dan pemantauan HI. Sistem pengurusan dan pemantauan HI
mempunyai tiga komponen utama yang terdiri daripada kesedaran HI, perlombongan HI dan penyaringan HI.
Sistem direka bentuk untuk menambah baik proses mengenal pasti dan menilai HI yang berpotensi dengan meningkat kecekapan dalam menyimpan rekod dan mempercepat proses menapis sejumlah besar maklumat hasil
penyelidikan. Kerangka sistem prototaip disah oleh eksekutif pusat innovasi universiti mengguna teknik think
aloud. Hasil analisis data kualitatif menunjukkan sistem prototaip pengurusan dan pemantauan HI memberi
peningkatan ketara dalam menyelesai isu pengurusan HI sedia ada serta meningkat produktiviti pengguna.
Kerangka yang direka bentuk memboleh maklumat yang berkaitan dengan HI diperoleh, disimpan, diurus dan
diguna dengan berkesan berdasarkan konsep pengurusan harta intelek. |
---|