Model tingkah laku pematuhan dasar penggunaan internet dalam kalangan pekerja di Lembah Kelang
Lepak siber atau cyberloafing merujuk kepada pekerja mengguna sumber Internet organisasi bagi tujuan peribadi. Hal ini memberi kesan kepada pekerja dan organisasi seperti kemerosotan prestasi kerja, masalah disiplin yang boleh membawa kepada penamatan atau kehilangan pekerjaan, pelanggaran kerahsi...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9097/1/8996-27594-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/9097/ http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/view/631 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Lepak siber atau cyberloafing merujuk kepada pekerja mengguna sumber Internet organisasi bagi tujuan peribadi.
Hal ini memberi kesan kepada pekerja dan organisasi seperti kemerosotan prestasi kerja, masalah disiplin yang boleh
membawa kepada penamatan atau kehilangan pekerjaan, pelanggaran kerahsiaan korporat dan kehilangan reputasi,
pelanggaran kebersendirian, liabiliti peribadi dan organisasi, penurunan produktiviti dan masalah keselamatan. Dasar
Penggunaan Internet (DPI) dilihat sebagai satu mekanisme yang dapat mengurangi salah laku lepak siber. Kajian
lampau tentang lepak siber memberi penekanan kepada pematuhan pekerja terhadap Dasar Keselamatan Maklumat
dan bukan Dasar Penggunaan Internet. Model sedia ada tentang pematuhan DPI tidak berkesan bagi mengekang
penyalahgunaan Internet. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji faktor yang mendorong pekerja mematuhi DPI.
Berpandukan Teori Pencegahan Am atau General Deterrence Theory (GDT) dan Teori Tindakan Beralasan atau
Theory Reasoned Action (TRA), sebuah model konseptual tentang tingkah laku pekerja dibangun. Kajian ini
mengintegrasi dan menyesuai item dari beberapa instrumen yang berkaitan dengan pematuhan dasar organisasi.
Faktor tingkah laku pematuhan terhadap DPI dikenal pasti seperti pemantauan, hukuman, ganjaran, norma subjektif,
komitmen terhadap organisasi dan norma peribadi. Tinjauan dilakukan ke atas 151 orang pekerja Industri Kecil dan
Sederhana (PKS) di sekitar Lembah Kelang mengguna instrumen soal selidik. Pendekatan kuantitatif diguna bagi pengumpulan data yang dijlakukan dalam tempoh empat minggu dari 1 hingga 31 Disember 2014. Data yang
dikumpul dianalisis mengguna perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 16.0. Hipotesis kajian
diuji mengguna Structural Equation Modeling (SEM). Hasil kajian mendapati faktor pemantauan, komitmen terhadap
organisasi, norma subjektif dan norma peribadi memberi kesan signifikan ke atas tingkah laku pekerja untuk
mematuhi DPI. Faktor hukuman pula mempengaruhi faktor ganjaran. Komitmen terhadap organisasi turut
mempengaruhi faktor norma peribadi. Dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan kepada majikan bagi menjajar
penggunaan Internet secara optimum sekali gus membendung pekerja daripada menyalah guna sumber internet
organisasi bagi tujuan peribadi sekali gus menjejas produktiviti organisasi. |
---|