Penyertaan digital dan ciri keusahawanan dalam pemerkasaan usahawan wanita di Malaysia

Perniagaan atas talian telah menjadi satu fenomena dalam kalangan usahawan wanita khususnya. Dengan pelbagai aplikasi yang dapat diakses melalui internet, ia menjadikan sesebuah perniagaan itu berkembang secara lebih global. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauhmana penyertaan digital melalui p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Faradillah Iqmar Omar, Samsudin A. Rahim
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysian 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9111/1/V31_1_13.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9111/
http://www.ukm.my/jkom/journal/volumes/volume31-1-2015.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Perniagaan atas talian telah menjadi satu fenomena dalam kalangan usahawan wanita khususnya. Dengan pelbagai aplikasi yang dapat diakses melalui internet, ia menjadikan sesebuah perniagaan itu berkembang secara lebih global. Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauhmana penyertaan digital melalui pelbagai aplikasi atas talian mempengaruhi pemerkasaan usahawan wanita. Objektif kajian ini adalah untuk melihat hubungan faktor penyertaan digital dan ciri-ciri keusahawanan atas talian yang berperanan memperkasakan usahawan wanita. Soal selidik telah diedarkan melalui dua kaedah iaitu secara bersemuka dan secara atas talian (online survey) kepada seramai 402 responden wanita yang berumur 18 hingga 50 tahun. Responden wanita yang ditemu bual dan mengisi soal selidik secara atas talian adalah mereka yang menjalankan perniagaan atas talian dengan menggunakan pelbagai aplikasi internet. Hasil kajian mendapati 74% responden telah menjadikan internet sebagai sumber mencari maklumat berkenaan keusahawanan dan 86% responden secara aktif berhubung dengan pelanggan melalui internet. Dengan menggunakan analisis ujian regresi pelbagai, hasil kajian juga mendapati pemerkasaan usahawan wanita banyak dipengaruhi oleh risiko perniagaan dan inovasi produk sebagai penyumbang utama. Walau bagaimanapun, penyertaan digital juga memberikan sumbangan yang signifikan terhadap pemerkasaan usahawan wanita melalui aktiviti komunikasi perniagaan dan pencarian sumber maklumat melalui internet. Kajian ini juga mendapati bahawa usahawan wanita yang berani berhadapan dengan risiko, berinovasi serta kerap berkomunikasi dengan pembekal dan pelanggan di atas talian, secara signifikan akan dapat memperkasakan diri mereka sebagai usahawan.