Politik etnik di Kuala Lumpur: kajian tanggapan pengundi dalam kalangan penghuni Program Perumahan Rakyat (PPR) pasca Pilihan Raya Umum 2013

Etnik/kaum merupakan faktor penting dalam mempengaruhi proses dan trend sosialisasi politik di Malaysia. Dengan keadaan demografi dan struktur ekonomi rakyat Malaysia yang berbilang kaum maka tertubuhlah beberapa parti politik yang berasaskan etnik. Pola pengundian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 20...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9167/1/4x.geografia-jul15-jab-edbibam.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9167/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2015&vol=11&issue=7&ver=loc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Etnik/kaum merupakan faktor penting dalam mempengaruhi proses dan trend sosialisasi politik di Malaysia. Dengan keadaan demografi dan struktur ekonomi rakyat Malaysia yang berbilang kaum maka tertubuhlah beberapa parti politik yang berasaskan etnik. Pola pengundian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 adalah kesinambungan daripada PRU 2008 yang memperlihatkan kecenderungan sokongan pengundi Melayu kepada BN manakala pengundi Cina dan sebahagian pengundi India lebih memihak kepada pakatan pembangkang atau dikenali sebagai Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, DAP dan PAS. Artikel ini menganalisis persepsi politik pengundi berdasarkan etnik Melayu, Cina dan India di Kuala Lumpur pasca PRU 2013 mengenai Program Perumahan Rakyat (PPR), berdasarkan data soal selidik 1069 responden di 15 skim PPR dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ujian statistik taburan silang (crosstabulation), dan kajian kepustakaan . Hasil kajian mendapati ketiga-tiga etnik menyatakan mereka memilih calon yang jujur dan amanah serta mesra rakyat serta menyokong parti yang dapat memacu pembangunan dan membasmi kemiskinan. Mereka turut menyatakan rakyat menyokong BN kerana berpengalaman, janji ditepati serta mengenang jasa pemimpin BN terdahulu manakala rakyat mengundi parti-parti dalam Pakatan Rakyat kerana mahu mencuba pemerintahan yang baru, adil dan janji yang ditawarkan adalah menarik dan menguntungkan rakyat. Responden terutamanya etnik Cina lebih kritis terhadap isu-isu nasional seperti isu ekonomi, sosial dan politik. Seterusnya majoriti responden Melayu dan India yang berpendapatan rendah menyokong BN berbanding responden Cina yang lebih menyokong parti-parti dalam Pakatan Rakyat dalam PRU 2013 yang lalu.