Peranan perhubungan awam dan komunikasi krisis: kajian terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia dalam penanganan wabak SARS

Wabak Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) muncul buat pertama kalinya pada 16 November 2003 di wilayah Guangdong China dan telah meragut 774 nyawa di seluruh dunia. Keadaan ini telah menimbulkan suasana tidak tenteram dalam kalangan masyarakat global ekoran penularan wabak ini yang semakin pant...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shahrul Nazmi Sannusi, Kamaliah Siarap
Format: Article
Language:English
Published: Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9318/1/125-134_SARS_final_rvsd.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9318/
http://www.ukm.my/e-bangi/index.php?option=com_jresearch&view=publicationslist&Itemid=45&lang=en
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Wabak Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) muncul buat pertama kalinya pada 16 November 2003 di wilayah Guangdong China dan telah meragut 774 nyawa di seluruh dunia. Keadaan ini telah menimbulkan suasana tidak tenteram dalam kalangan masyarakat global ekoran penularan wabak ini yang semakin pantas dan sukar dikawal. Kemunculan wabak yang baharu ini telah mendapat publisiti besar dalam media tempatan mahupun antarabangsa. Kertas ini bertujuan untuk memerihalkan peranan perhubungan awam KKM dalam menguruskan krisis atau isu wabak SARS. Ia juga melihat maklumat yang disampaikan oleh KKM kepada media massa untuk mengurangkan kekeliruan dan ketakutan publik. Kertas ini juga akan membentangkan pengajaran dan cadangan-cadangan yang diperolehi hasil dari penanganan krisis SARS ini. Kaedah temubual mendalam telah diadakan dengan Ketua Bilik Gerakan SARS Kebangsaan dan kaedah analisis kandungan beberapa akhbar tempatan telah dibuat sepanjang tempoh isu SARS ini berlangsung dari bulan Mac 2003 hingga September 2003. Model Dinamik Krisis telah di gunakan untuk menilai keberkesanan cara penanganan krisis ini oleh KKM. Hasil kajian ini mendapati bahawa peranan perhubungan awam dapat memudahkan penanganan isu ini. Berbagai strategi dan taktik komunikasi dalam amalan perhubungan awam telah dilaksanakan oleh Bilik Gerakan SARS Kebangsaan untuk sebaran maklumat. KKM juga telah menggunakan media untuk membekalkan publik dengan informasi yang relevan untuk memudahkan proses penanganan krisis ini.