Pengalaman dan faktor pengabaian warga emas dalam komuniti

Kajian isu pengabaian dalam kalangan warga emas oleh anak-anak dewasa jarang dilaporkan dan kurang pendedahan mengenai perkara ini. Objektif utama kajian ini ialah untuk memahami pengalaman warga emas yang diabaikan oleh anak dewasa dalam komuniti, meneroka faktor yang mendorong berlakunya pengabaia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noraini Che’ Sharif, Khadijah Alavi, Ponnusamy Subramaniam, Zainah Ahmad Zamani
Format: Article
Language:English
Published: Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9331/1/118-134_Noraini_warga_emas.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9331/
http://www.ukm.my/e-bangi/index.php?option=com_jresearch&view=publicationslist&Itemid=45&lang=en
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian isu pengabaian dalam kalangan warga emas oleh anak-anak dewasa jarang dilaporkan dan kurang pendedahan mengenai perkara ini. Objektif utama kajian ini ialah untuk memahami pengalaman warga emas yang diabaikan oleh anak dewasa dalam komuniti, meneroka faktor yang mendorong berlakunya pengabaian dan mengkaji peranan pekerja sosial bagi menangani masalah pengabaian dalam komuniti. Metodologi dalam kajian ini merangkumi rekabentuk kualitatif bagi memperoleh maklumat yang berkaitan dengan fenomena pengabaian warga emas dalam kalangan anak dewasa. Lokasi kajian dikenal pasti melalui kerjasama dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu melalui program ‘Home Help Services’. Persampelan dalam kajian iaitu pengkaji telah menemu bual seramai lima orang informan yang mempunyai kriteria pemilihan sampel yang sama dalam kajian iaitu warga emas yang berumur 60 tahun keatas, warga emas yang tinggal bersendirian dan warga emas yang mengalami pengabaian dari segi fizikal, emosi, serta kewangan dan material. Dalam proses pengurusan data, pengkaji telah mentranskripkan data dalam bentuk skrip temu bual dan diasingkan mengikut tema-tema yang telah ditentukan. Analisis termatik digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam tentang fenomena pengabaian yang berlaku dalam kalangan warga emas oleh anak dewasa. Hasil kajian yang diperolehi melalui kajian yang dijalankan iaitu dimana faktor utama yang mendorong kepada berlakunya pengabaian warga emas oleh anak dewasa ialah kerenah warga emas yang membebankan anak dewasa dan anak dewasa yang mementingkan kerjaya/tinggal berjauhan dengan warga emas. Secara umumnya, kajian ini memberi implikasi terhadap isu pengabaian warga emas dalam kalangan anak dewasa iaitu dengan sedikit sebanyak dapatan hasil kajian yang diperoleh dapat membantu dalam menangani masalah pengabaian ini yang semakin meningkat daripada semasa ke semasa. Di samping itu, dapat mengenal pasti peranan pekerja sosial dalam mencegah dan mengatasi masalah pengabaian dalam kalangan warga emas oleh anak dewasa.