Model perbankan wakaf korporat: analisis wakaf Selangor Muamalat

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis struktur wakaf korporat di dalam “Wakaf Selangor Muamalat” yang telah dilaksanakan melalui kerjasama di antara Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB). Kajian ini adalah berbentuk kajian awal yang berdasarkan kepada kajia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Asharaf Mohd Ramli, Abdullaah Jalil
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9418/1/9218-25194-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9418/
http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/614
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis struktur wakaf korporat di dalam “Wakaf Selangor Muamalat” yang telah dilaksanakan melalui kerjasama di antara Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB). Kajian ini adalah berbentuk kajian awal yang berdasarkan kepada kajian perpustakaan dan sumber maklumat sekunder. Sejak dilancarkan pada 27 September 2012, data empirikal “Wakaf Muamalat Selangor” masih belum dikeluarkan. BMMB adalah merupakan sebuah institusi kewangan Islam pertama di Malaysia yang bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di dalam mengurus, mengumpul dan melabur dana wakaf di Malaysia. Kerjasama yang dijalinkan ini membuka suatu dimensi baru di dalam struktur wakaf korporat di Malaysia, terutamanya model perbankan wakaf korporat. Kertas kerja ini adalah merupakan kajian yang pertama dilakukan terhadap struktur “Wakaf Selangor Muamalat” semenjak ianya dilancarkan. Dapatan kajian ini diharapkan akan menyemarakkan lagi penglibatan institusi-institusi perbankan di dalam aktiviti-aktiviti wakaf. Hasil-hasil yang diperolehi dapat membantu meningkatkan sosio-ekonomi umat Islam khususnya di dalam aspek kesihatan dan pendidikan.