Perbezaan faktor demografi ke atas komunikasi pegawai-subordinat, kualiti jalinan hubungan, tekanan kerja dan kepuasan komunikasi di Jabatan Penjara Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan faktor-faktor demografi ke atas pemboleh ubah komunikasi pegawaisubordinat, kualiti jalinan hubungan, tekanan kerja dan kepuasan komunikasi. Seramai 447 orang kakitangan penjara dari lapan buah institusi penjara Malaysia terlibat sebagai responden kajia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Kamsiah Kamin, Che Su Mustaffa
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2014
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9419/1/9219-25195-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9419/
http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/614
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan faktor-faktor demografi ke atas pemboleh ubah komunikasi pegawaisubordinat, kualiti jalinan hubungan, tekanan kerja dan kepuasan komunikasi. Seramai 447 orang kakitangan penjara dari lapan buah institusi penjara Malaysia terlibat sebagai responden kajian. Teknik analisis statistik yang digunakan adalah Ujian-t dan ANOVA Sehala. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan dari segi bangsa dan taraf perkahwinan terhadap komunikasi pegawai-subordinat. Bagi kualiti jalinan hubungan, terdapat perbezaan dari segi bangsa, taraf perkahwinan, kelulusan akademik dan jawatan. Jantina dan taraf perkahwinan membezakan kepuasan komunikasi responden. Secara umumnya, bolehlah dikatakan bahawa responden yang bujang dan berbangsa Melayu mempunyai persepsi yang rendah terhadap komunikasi pegawai-subordinat dan kualiti jalinan hubungan. Responden lelaki yang masih bujang menghadapi tekanan kerja yang lebih tinggi berbanding responden wanita dan yang telah berkahwin. Selain itu, responden bujang yang berjawatan pegawai rendah mempunyai persepsi rendah terhadap kepuasan komunikasi.