Pola penyelidikan saintifik dari perspektif Ibn Al-Haytham
Makalah ini secara umumnya bertujuan mendapatkan suatu pola penyelidikan saintifik dalam melakukan kajian Islam. Secara lebih khusus, model tersebut diteliti berdasarkan fungsi penyelidikan saintifik Ibn al-Haytham. Ia seterusnya diteliti dari perspektif ilmu fardu ain. Hal ini kerana ilmu fardu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia
2014
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9453/1/jurnal_hadhari_v6_n2_8.pdf http://journalarticle.ukm.my/9453/ http://www.ukm.my/jhadhari/index.php/bm/kandungan/70-jil-6-2-2014 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Makalah ini secara umumnya bertujuan mendapatkan suatu pola penyelidikan saintifik
dalam melakukan kajian Islam. Secara lebih khusus, model tersebut diteliti berdasarkan
fungsi penyelidikan saintifik Ibn al-Haytham. Ia seterusnya diteliti dari perspektif ilmu
fardu ain. Hal ini kerana ilmu fardu ain dapat memberi kefahaman asas mengenai Islam.
Oleh itu, makalah ini meneroka keselarian antara fungsi penyelidikan saintifik Ibn al-
Haytham dengan konsep ilmu fardu ain menggunakan kaedah analisis kandungan.
Perbincangan dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Pertama, penelitian mengenai
fungsi penyelidikan saintifik Ibn al-Haytham. Kedua, perbincangan terhadap konsep
ilmu fardu ain dan aplikasinya. Ketiga, analisis keselarian dua perbincangan terdahulu
untuk membina pola penyelidikan saintifik bagi kajian Islam. Hasil penelitian mendapati,
terdapat tiga pola penyelidikan saintifik yang dapat dibina untuk melakukan kajian Islam.
Pertama, ilmu tauhid menjadi paksi dalam penyelidikan saintifik. Kedua, ilmu fikah
mewujudkan dimensi penyelidikan saintifik. Ketiga, ilmu akhlak memberi citra yang
positif dalam penyelidikan saintifik. |
---|