Meneliti hubungan jihad perniagaan dengan pencapaian usahawan Muslim berjaya di Malaysia

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara jihad perniagaan dengan pencapaian usahawan Muslim berjaya di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui kesahihan konstruk jihad perniagaan dengan mengetahui sejauh mana instrumen kajian mengesahkan definisi operasi dan mengesah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yazilmiwati Yaacob, Ilhaamie Abdul Ghani Azmi
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9522/1/11141-30907-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9522/
http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/700
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara jihad perniagaan dengan pencapaian usahawan Muslim berjaya di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui kesahihan konstruk jihad perniagaan dengan mengetahui sejauh mana instrumen kajian mengesahkan definisi operasi dan mengesahkan butiran yang paling sesuai dengan dimensi. Terdapat empat dimensi utama di dalam kajian ini iaitu dimensi jihad melawan hawa nafsu, jihad ilmu, jihad harta dan jihad manusiawi yang terdiri daripada 23 butiran. Hasil daripada analisis faktor mendapati hanya terdapat dua dimensi yang kekal di dalam faktor jihad perniagaan iaitu dimensi jihad harta dan dimensi jihad manusiawi dengan mengabaikan sebanyak 16 butiran daripada 23 butiran yang dibincangkan. Nilai kebolehpercayaan bagi jihad harta ialah 0.73 dan nilai kebolehpercayaan bagi jihad manusiawi ialah 0.71. Hasil analisis korelasi dan regresi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara jihad harta dan jihad manusiawi dengan pencapaian usahawan Muslim di Malaysia