Pengurusan fiskal kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia: analisis autoregressive distributed lag (ARDL)
Peningkatan saiz defisit fiskal dan hutang kerajaan negeri telah membangkitkan motivasi untuk mengkaji penyebab ketakseimbangan fiskal tersebut agar pelarasan dan pengukuhan fiskal dapat dilakukan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menguji kointegrasi (hubungan jangka panjang) dan arah hubungan...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9595/1/jeko_49%282%29-9.pdf http://journalarticle.ukm.my/9595/ http://www.ukm.my/fep/jem/current.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Peningkatan saiz defisit fiskal dan hutang kerajaan negeri telah membangkitkan motivasi untuk mengkaji penyebab
ketakseimbangan fiskal tersebut agar pelarasan dan pengukuhan fiskal dapat dilakukan. Justeru, kajian ini bertujuan
untuk menguji kointegrasi (hubungan jangka panjang) dan arah hubungan sebab-menyebab antara hasil dengan belanja
mengikut kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia dengan menggunakan data agregat dan mengikut komponen
utama hasil dan belanja. Model autoregressive distributed lag (ARDL) telah digunakan untuk melihat hubungan
kointegrasi dan arah sebab-menyebab antara hasil-belanja. Dapatan kajian menunjukkan di kebanyakan kerajaan
negeri, kerajaan merangka kutipan hasil terlebih dahulu sebelum membuat keputusan perbelanjaan dalam jangka
panjang. Penemuan kajian ini menyokong hipotesis hasil-belanja (revenue-spend hypothesis), yang mana kutipan hasil
ditentukan terlebih dahulu sebelum belanja ditentukan. Di samping itu, komponen belanja mengurus juga dilihat lebih
cenderung dipengaruhi oleh hasil (secara agregat mahupun komponen) berbanding komponen belanja pembangunan.
Implikasi dasar daripada kajian ini menjelaskan pemahaman hubungan antara hasil dengan belanja adalah amat
penting kepada kerajaan negeri untuk mengawal defisit fiskal daripada berpanjangan dan membolehkan kerajaan
mengekalkan pencapaian belanjawan sasaran. |
---|