Hubungan penyertaan belanjawan dan regangan belanjawan di industri perhotelan: peranan keadilan prosedur

Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan regangan belanjawan dengan penyertaan belanjawan, melihat kepada peranan keadilan prosedur di kalangan pengurus dalam industri perhotelan. Responden kajian ini ialah 164 pengurus hotel yang berdaftar dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH). Soal selid...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ku Ahmisuhaiti Ku Ahmad, Amizawati Mohd. Amir, Ruhanita Maelah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9608/1/12180-33191-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9608/
http://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/749
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan regangan belanjawan dengan penyertaan belanjawan, melihat kepada peranan keadilan prosedur di kalangan pengurus dalam industri perhotelan. Responden kajian ini ialah 164 pengurus hotel yang berdaftar dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH). Soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data. Tahap penyertaan belanjawan diukur menggunakan pengukuran Milani (1975), sementara regangan belanjawan dinilai mengikut kaedah Stede (2000), yang mengukur tahap regangan berdasarkan amalan sebenar, bukannya sekadar niat untuk melakukan regangan belanjawan. Lanjutan daripada hubungan agensi, kajian ini menggunakan Teori Minda (ToM) untuk menguji pentingnya persepsi keadilan prosedur sebagai pemoderat hubungan antara penyertaan belanjawan dan tahap regangan. Penemuan kajian membuktikan bahawa kesan interaktif antara keadilan prosedur dan penyertaan belanjawan adalah berhubungan secara negatif dengan amalan regangan belanjawan. Ini menandakan bahawa amalan regangan mampu dikurangkan sekiranya individu pekerja percaya keadilan dipraktikkan oleh pihak majikan.