Model nilai cipta-sama dalam sistem pengukuran prestasi

Proses peningkatan kualiti di setiap jabatan kerajaan akan dapat berjalan lancar dan berterusan dengan sokongan sistem pengukuran prestasi kualiti yang baik. Pengukuran prestasi merupakan satu kaedah penting yang menyokong keberkesanan program, membantu dalam penghasilan keputusan dan meningkatka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hazura Mohamed, Nur Fazidah Elias, Muriati Mukhtar, Yazrina Yahya, Siti Aishah Hanawi, Ruzzakiah Jenal, Wan Azlin Zurita Wan Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9616/1/12189-33210-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9616/
http://ejournals.ukm.my/pengurusan/issue/view/749
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Proses peningkatan kualiti di setiap jabatan kerajaan akan dapat berjalan lancar dan berterusan dengan sokongan sistem pengukuran prestasi kualiti yang baik. Pengukuran prestasi merupakan satu kaedah penting yang menyokong keberkesanan program, membantu dalam penghasilan keputusan dan meningkatkan keberkesanan dalam komunikasi. Terdapat pelbagai faktor diambil kira dalam sistem pengukuran prestasi (SPP) sedia ada. Walau bagaimana pun, faktor sedia ada hanya bersifat kontekstual yang sesuai untuk keperluan persekitaran atau organisasi tertentu sahaja. Keadaan ini menyebabkan pembangun SPP tidak mempunyai satu model rujukan umum yang boleh dijadikan panduan untuk membangunkan SPP. Justeru satu model generik yang memenuhi keperluan ini perlu dibangunkan. Dengan menggunakan kaedah penyegitigaan berlelar yang bersandar kepada kajian kes yang diperoleh dari kajian kesusasteraan, faktor yang dikenalpasti kemudiannya dikelaskan berdasar kepada model nilai cipta-sama DART (Dialog, Akses, Risiko dan Telus). Model DART dipilih kerana ia merupakan satu model yang telah terbukti berkesan dalam menerap konsep nilai cipta sama yang merupakan satu konsep penting dalam pembangunan sistem. Model nilai cipta sama bagi SPP yang dihasilkan ini berjaya mengumpul faktor penting yang perlu diambil kira dalam pembangunan SPP.