Tinjauan literatur penterjemahan novel Melayu ke bahasa Arab
Menterjemah karya sastera ialah suatu tugas yang mencabar dan rumit. Ini kerana sesebuah genre sastera memberi penekanan kepada aspek keindahan bahasa yang banyak mengandungi unsur ketersiratan makna. Apatah lagi jika proses penterjemahan melibatkan terjemahan daripada bahasa Melayu ke bahasa Arab....
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9763/1/12120-37306-1-PB.pdf http://journalarticle.ukm.my/9763/ http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/727 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Menterjemah karya sastera ialah suatu tugas yang mencabar dan rumit. Ini kerana sesebuah genre sastera memberi penekanan kepada aspek keindahan bahasa yang banyak mengandungi unsur ketersiratan makna. Apatah lagi jika proses penterjemahan melibatkan terjemahan daripada bahasa Melayu ke bahasa Arab. Di Malaysia, buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab mempunyai bilangan yang sangat sedikit berdasarkan data yang diperoleh dari Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) sejak tahun 1995 hingga 2012. Kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan kajian-kajian lalu serta mengenal pasti kelompangan yang belum dikaji oleh para sarjana untuk menghasilkan kajian baru. Berdasarkan penelitian yang dibuat, banyak kajian dalam bidang terjemahan melibatkan penterjemahan dari bahasa asing ke bahasa Melayu seperti bahasa Thai-Melayu, Cina-Melayu, Arab-Melayu, Perancis-Melayu. Manakala kajian terjemahan dari bahasa Melayu ke bahasa asing amat sedikit. Kajian yang pernah dilakukan adalah penterjemahan bahasa Melayu-Perancis dan Melayu-Jerman. Kekurangan tersebut boleh dijadikan pernyataan masalah untuk kajian yang seterusnya. |
---|