Analisis trend dan pola keruangan kemalangan maut jalan raya di Malaysia : kajian kes di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang
Kecederaan akibat daripada kemalangan jalan raya merupakan antara pembunuh utama di dunia selepas penyakit kronik seperti penyakit jantung, strok, jangkitan paru-paru dan kesukaran pernafasan. Di Malaysia, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya telah meningkat sebanyak 70% .Kajian ini mengan...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
2015
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9777/1/11x.geografia-dec15-wanmtaufik-edkatam.pdf http://journalarticle.ukm.my/9777/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2015&vol=11&issue=13&ver=loc |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Kecederaan akibat daripada kemalangan jalan raya merupakan antara pembunuh utama di dunia selepas penyakit
kronik seperti penyakit jantung, strok, jangkitan paru-paru dan kesukaran pernafasan. Di Malaysia, jumlah kematian
akibat kemalangan jalan raya telah meningkat sebanyak 70% .Kajian ini menganalisis kemalangan maut bagi semua
jenis kenderaan di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang berdasarkan data kemalangan maut bagi tempoh tiga tahun
2011-2013. Ia juga menganalisis trend serta taburan dan corak keruangan kemalangan maut dengan bantuan perisian
Sistem Maklumat Geografi (GIS). Data dianalisis dengan menggunakan kaedah purata kejiranan terdekat (ANN).
Hasil kajian mendapati kadar kemalangan maut di daerah Timur Laut bagi tahun 2011, 2012 dan 2013 adalah tinggi
(masing-masing 90, 88 dan 91 kes). Trend menunjukkan bahawa kadar kemalangan maut yang paling tinggi berlaku
dalam kawasan sempadan Balai Polis Jelutong manakala yang paling rendah adalah dalam kawasan sempadan Balai
Polis Komuniti Taman Desa Permai. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa taburan kemalangan maut adalah
paling tinggi di jalan-jalan utama, iaitu Jalan Air Hitam, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Jalan Sultan Azlan
Shah. Hasil analisis ANN pula menunjukkan bahawa corak kemalangan maut bagi tahun 2011, 2012 dan 2013
adalah secara berkelompok dengan penolakan hipotesis null. Kesimpulannya, kemalangan jalan raya lebih tertumpu
dan berkelompok di sesuatu kawasan tertentu disebabkan oleh perbezaan dari segi struktur fizikal jalan raya, jumlah
trafik dan kepentingan jalan tersebut kepada pengguna di kawasan sekitarnya. |
---|