Keberkesanan peta pemikiran (i-think) dalam meningkatkan pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid tahun 6

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan peta pemikiran (i-think) guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid tahun 6. Kajian ini dijalankan selama lapan minggu yang melibatkan 60 orang murid di sebuah sekolah kebangsaan di daerah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rohaida Yusop, Zamri Mahamod
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2015
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9859/1/95-188-1-SM.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9859/
http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/21
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan peta pemikiran (i-think) guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid tahun 6. Kajian ini dijalankan selama lapan minggu yang melibatkan 60 orang murid di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Batu Pahat. Kumpulan murid eksperimen terdiri daripada 30 orang murid begitu juga dengan kumpulan kawalan. Data dianalisis menggunakan Predictive Analytics Software (PASW) Statistics 18. Dapatan kajian menunjukkan bahawa: (1) Tidak terdapat perbezaan sinifikan pencapaian antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dalam ujian pra. Penguasaan penulisan Bahasa Melayu agak lemah, disebabkan kegagalan melahirkan idea yang bernas serta mengembangkan isi. (2) Terdapat perbezaan yang signifikan p<0.05 antara min skor ujian pra dengan min skor ujian pasca bagi kumpulan eksperimen. Penggunaan teknik peta pemikiran dalam pengajaran kemahiran menulis memberi kesan terhadap pencapaian murid. (3) Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor ujian pra dengan min skor ujian pasca bagi kumpulan kawalan. Penggunaan teknik perbincangan konvensional dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidak dapat meningkatkan pencapaian murid. Rumusannya, penggunaan teknik peta pemikiran dalam pengajaran penulisan karangan berjaya meningkatkan penguasaan subjek dalam aspek olahan karangan. Oleh itu, penggunaan peta pemikiran sebagai satu cara atau kaedah baharu yang dapat merangsang murid-murid berfikir aras tinggi seterusnya menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu lebih menarik.