Jurang integrasi kemahiran employabiliti di Malaysia: satu kajian empirikal graduan kejuruteraan Kolej Komuniti

Keperluan adanya kemahiran employability yang mantap dalam kalangan graduan merupakan satu kriteria yang penting untuk membolehkan mereka mendapat tempat di pasaran pekerjaan. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat samaada terdapat jurang atau tidak di antara elemen kemahiran e...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zaliza Hanapi, Arasinah Kamis, Tee, Tze Kiong, Mohd Hasni Hanapi
Format: Article
Language:English
Published: School of Social, Development and Environmental Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9907/1/16xx.geografia-si-mac16-zaliza-edam.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9907/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&item=2&thn=2016&vol=12&issue=4&ver=loc
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Keperluan adanya kemahiran employability yang mantap dalam kalangan graduan merupakan satu kriteria yang penting untuk membolehkan mereka mendapat tempat di pasaran pekerjaan. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat samaada terdapat jurang atau tidak di antara elemen kemahiran employabiliti yang telah diintergrasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) dengan kemahiran employabiliti yang penting dan perlu dikuasai oleh graduan bidang elektrik berdasarkan perspektif graduan Kolej Komuniti dengan majikan di industri. Kajian tinjauan ini melibatkan seramai 103 majikan di industri dan 162 graduan bidang elektrik di Kolej Komuniti. Melalui analisis Ujian-T yang dijalankan, hasil dapatan kajian menunjukkanterdapat jurang yang signifikan di antara elemen kemahiran employabiliti iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran pengurusan maklumat, kemahiran pengurusan diri, kemahiran etika dan moral profesional, kemahiran kepimpinan dan kemahiran berpasukan yang telah diintergrasikan semasa proses pdp dengan kemahiran tersebut yang penting dan perlu dikuasai oleh graduan bidang elektrik berdasarkan perspektif graduan Kolej Komuniti dengan majikan di industri. Oleh yang demikian, pensyarah-pensyarah di Kolej Komuniti haruslah bertindak dengan memainkan peranan penting serta bertanggungjawab di dalam memberi tumpuan serta mengintergrasikan ke semua kemahiran employabiliti yang dikenalpasti penting dan perlu dikuasai oleh graduan semasa sesi pdp dijalankan. Selain itu, penambahbaikan kurikulum yang melibatkan pihak industri serta komitmen pdp yang efektif dari pensyarah amat penting dalam mengatasi masalah jurang kemahiran yang merangkumi penguasaan kemahiran employabiliti dalam kalangan graduan Kolej Komuniti.