Pendekatan pengukuhan personaliti bapa dalam kalangan peserta di LPPKN

Bapa sebagai ketua dalam keluarga seharusnya menjadi ‘role model’ kepada isteri dan anak-anak. Namun, ada dalam kalangan bapa masa kini yang tidak menunjukkan ciri personaliti yang baik sebagai seorang bapa seperti panas baran, mendera, merogol, membunuh, tidak memberi nafkah kepada anak-anak dan se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Izzah Nur Aida Zur Raffar, Salasiah Hanin Hamjah
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2016
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/9932/1/185-777-1-PB.pdf
http://journalarticle.ukm.my/9932/
http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/18
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Kebangsaan Malaysia
Language: English
Description
Summary:Bapa sebagai ketua dalam keluarga seharusnya menjadi ‘role model’ kepada isteri dan anak-anak. Namun, ada dalam kalangan bapa masa kini yang tidak menunjukkan ciri personaliti yang baik sebagai seorang bapa seperti panas baran, mendera, merogol, membunuh, tidak memberi nafkah kepada anak-anak dan sebagainya. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis pendekatan pengukuhan personaliti bapa yang diamalkan oleh peserta bapa di LPPKN. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Seramai 60 orang responden dalam kalangan bapa telah dipilih secara rawak berlapis di LPPKN. Data melalui borang soal selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS. Hasil kajian mendapati peserta bapa mengamalkan pendekatan seperti mendalami ilmu agama dan mengamalkannya, muhasabah diri, berazam tinggi untuk menjadi bapa yang baik, tazkiyah al-Nafs, mendapatkan sokongan sosial daripada isteri, pengaruh rakan dan persekitan (al-bi’ah) yang baik serta penyertaan dalam program keibubapaan untuk mengukuhkan personaliti kebapaan. Implikasi kajian dapat membantu bapa memperkukuh personaliti baik dalam membina kesejahteraan keluarga dan masyarakat Islam umumnya. Kajian ini juga dapat memberi input dan sumbangan ilmu kepada pihak bertanggungjawab seperti LPPKN, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya dalam menguruskan hal ehwal kekeluargaan di Malaysia.