Kesilapan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Yunnan di Akademi Pengajian Melayu
Akademi Pengajian Melayu merupakan antara fakulti yang banyak menerima kemasukan pelajar asing dari negara China yang ingin mempelajari bahasa Melayu dan mendapatkan ijazah dalam bidang Pengajian Melayu. Pendaftaran pelajar-pelajar China bagi kursus bahasa Melayu dan kursus-kursus lain di Akademi...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2016
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/9967/1/16179-45361-1-SM.pdf http://journalarticle.ukm.my/9967/ http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/864 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Language: | English |
Summary: | Akademi Pengajian Melayu merupakan antara fakulti yang banyak menerima kemasukan pelajar
asing dari negara China yang ingin mempelajari bahasa Melayu dan mendapatkan ijazah dalam
bidang Pengajian Melayu. Pendaftaran pelajar-pelajar China bagi kursus bahasa Melayu dan
kursus-kursus lain di Akademi Pengajian Melayu (APM) telah menjadi satu fenomena yang
tidak asing lagi di Universiti Malaya dan di Malaysia. Melalui perjanjian MOA dan MOU yang
ditandatangani oleh Universiti Malaya dan universiti-universiti yang terlibat dari negara China,
jumlah pelajar yang dihantar ke Akademi Pengajian Melayu semakin meningkat setiap tahun.
Pelajar-pelajar ini hanya mempunyai kelayakan asas dalam bahasa Melayu dan hal ini menjadi
satu cabaran kepada tenaga pengajar dan struktur kursus yang ditawarkan. Penguasaan bahasa
Melayu yang asas sering menjadi masalah dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam
kalangan pelajar. Kajian ini akan meneliti aspek kesilapan bahasa dalam kalangan pelajarpelajar
Yunnan University of Nationalities (YUN), China, khususnya dari aspek morfologi,
sintaksis dan mekanikal. Sehubungan itu, kajian ini memanfaatkan skrip jawapan peperiksaan
akhir para pelajar YUN sebagai bahan kajian. Makalah ini turut mengemukakan saranan dan
cadangan untuk membantu pelajar asing mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua agar
dapat meningkatkan penguasaan bahasa mereka. |
---|