Konsep Ilmu dan Amal dalam Tasawuf

Konsep ilmu dan amal adalah suatu perkara yang utama diberi penekanan dalam disiplin ilmu tasawuf. Ilmu yang difokuskan dalam kontek disiplin ilmu tasawuf adalah merujuk kepada keyakinan hati dan peningkatan keyakinan hati dari satu tahap kepada satu tahap yang lebih baik. Ia juga diistilahkan se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Shaifulbahri, Abdullah, Syed Hadzrullathfi, Syed Omar
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1138/1/FH03-FKI-18-12580.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1138/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Konsep ilmu dan amal adalah suatu perkara yang utama diberi penekanan dalam disiplin ilmu tasawuf. Ilmu yang difokuskan dalam kontek disiplin ilmu tasawuf adalah merujuk kepada keyakinan hati dan peningkatan keyakinan hati dari satu tahap kepada satu tahap yang lebih baik. Ia juga diistilahkan sebagai hal hati yang berubah-ubah yang berlaku kepada seseorng pengamal tasawuf sehingga sampai ke peringkat hal hati tersebut bersebati dalam diri seseorang dan tidak lagi berubah-ubah dan ia diistilah sebagai maqam hati. Amal pula merujuk kepada tingkahlaku dan perbuatan zahir yang menjadi kesan kepada perubahan hati yang dimiliki seseorang. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan peranan ilmu dan amal yang dibincangkan dalam disiplin ilmu tasawuf terhadap perubahan hati seseorang pengamal tasawuf serta mengenalpati hubungkait antara ilmu dan amal dalam usaha menjadikan seseorang itu sebagai insan muhsin iaitu kemuncak perjalanan kerohanian seseorang hamba kepada keredaan Allah s.w.t. Kajian kualitatif ini dilakukan berasaskan analisis kandungan dengan menggunakan pelbagai sumber disiplin ilmu tasawuf. Kajian mendapati bahawa ilmu dan amal merupakan elemen-elemen penting dalam disiplin ilmu tasawuf merupakan asas penting yang tidak boleh ditinggalkan seseorang yag ingin mencapai peningkatan tauhid kepada Allah s.w.t. Ini adalah kerana semua ilmu dan amalan diterapkan dalam disiplin ilmu tasawuf adalah bertujuan supaya wujudnya penghayatan tauhid kepada Allah s.w.t. yang merupakan tonggak utama dalam akidah ahli sunnah wal jama`ah. Tanpa penghayatan tauhid, pegangan akidah diyakini hanya menjadi suatu kepercayaan yang hambar, tidak kuat untuk menuntun pemiliknya ke arah kesempurnaan kehambaan diri kepada Allah s.w.t.. Oleh itu, perlu dijelaskan bahawa ilmu dan amal bukan sekadar ilmu yang merujuk kepada pengetahuan semata-mata dan bukan pula sekadar amalan yang merujuk kepada amalan pergerakan anggota badan sahaja tanpa hubungan dengan perubahan sifat hati.