Pembangunan Standard Pengukuran Pematuhan Syariah Bagi Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari
Pengenalan Bidang Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) semakin berkembang dan mendapat sambutan dari masyarakat di Malaysia. Sebahagian dari pengamal PT&K ini menggunakan jenama perubatan dan pengubatan Islam sebagai modal untuk menarik kepercayaan pesakit. Fenomena ini mencetu...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/1149/1/FH03-INSPIRE-18-12573.pdf http://eprints.unisza.edu.my/1149/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sultan Zainal Abidin |
Language: | English |
Summary: | Pengenalan
Bidang Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) semakin berkembang dan
mendapat sambutan dari masyarakat di Malaysia. Sebahagian dari pengamal PT&K ini
menggunakan jenama perubatan dan pengubatan Islam sebagai modal untuk menarik
kepercayaan pesakit. Fenomena ini mencetuskan isu sama ada pengamal tersebut benarbenar menggunakan kaedah yang dibenarkan syara atau tidak.
Objektif
Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan satu standard pengukuran patuh
syariah yang akan digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengukur dan menilai tahap
pematuhan syariah dalam kalangan pengamal PT&K khususnya pengamal pengubatan
Islam.
Kaedah
Pembangunan standard pengukuran ini mengaplikasi instrumen-instrumen penyelidikan
yang lazimnya digunakan dalam pembentukan domain dan indikator dengan menjadikan
model ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation & Evaluation) sebagai
kerangka gerak kerja. Instrumen pengukuran ini menjalani proses validasi bersama pakar
dalam PT&K sebelum diuji pakai ke atas 16 responden yang merupakan pengamal PT&K
yang berdaftar secara sukarela dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Keputusan
Sebanyak 8 domain telah dikenal pasti iaitu bacaan ruqyah, amalan perawat, kaedah
rawatan, kaedah mengesan penyakit, bahan rawatan, tingkah laku dan etika perawat, latar
belakang pendidikan perawat dan pengalaman perawat. Kajian ini turut menetapkan tahap
ujian dan kaedah pengiraan skor.
Kesimpulan
Melalui instrumen pengukuran ini, proses penapisan dan penilaian tahap patuh syariat
seseorang pengamal PT&K dapat dilakukan dengan mudah dan tepat. Instrumen ini juga
menjadi pelengkap kepada Indeks Patuh Syariah Pengubatan Islam (I-SYIFA) yang
dirancang untuk dikuatkuasakan oleh pihak JAKIM dan BPTK. |
---|