Program pemantapan kerohanian keluarga miskin dan miskin tegar Teluk Ketapang, Kuala Terengganu

Perubahan sosiobudaya, sikap dan perlakuan masyarakat pesisiran pantai merupakan salah satu aspek terpenting dalam usaha membangunkan masyarkat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kajian ini berfokus di sebuah perkampungan nelayan iaitu Teluk Ketapang. Kampung ini telah dibuka oleh orang Bugis...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Razi, Y., Daud, I., Hamdan, A., Abdulsoma, T., Nor Hayati, S., Ibrahim, M.
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1150/1/FH03-PPI-16-05578.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1150/2/FH03-PPI-16-05579.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1150/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
English
Description
Summary:Perubahan sosiobudaya, sikap dan perlakuan masyarakat pesisiran pantai merupakan salah satu aspek terpenting dalam usaha membangunkan masyarkat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Kajian ini berfokus di sebuah perkampungan nelayan iaitu Teluk Ketapang. Kampung ini telah dibuka oleh orang Bugis dari Kepulauan Riau yang singgah di sini untuk berteduh waktu musim tengkujuh sebelum meneruskan pelayaran ke Kamboja bertujuan berdagang dan belajar. Hasil daripada itu, nama ini di ambil daripada nama asal kampung nelayan Bugis di Riau. Ia berada kir-kira 10 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Kamupung ini dikelilingi oleh Kampung Telaga Daing, Kampung Duyong, Kampung Bukit Tok Beng dan Kampung Telada Batin. Penduduk kampung ini mempunyai 3452 orang yang terdiri daripada tujuh kategori pekerjaan iaitu bekerja kerajaan (543 orang), petani dan nelayan (616 orang), suri rumah (410 orang), pesara (78 orang) dan penganggur (16 orang) hasil selidikan pada tahun 2010. Hasil daripada data yang dijunjukan didapati ia belaku tidakseimbangan pendapatan isi rumah mengikut jenis pekerjaan. semua ketahuai bahawa masyarakat komuniti persisir barada pada kedudukan istimewa dalam sejarah hidup penduduk pantai timur. Mereka pernah mejadi pedagang dan pelaut, di samping melibatkan diri sebagai nelayan, petani serta pertukangan kraftangan. Dalam tempoh dua dekad kebelakangan ini, proses modenisasi yang pesat telah memberi kesan mendalam ke atas masyarakat ini. Akhir-akhir ini banyak program yang telah di laksanakan oleh pihak kerajaan dan swasta. Namun begitu, terdapat juga kumpulan yang terus tercicir dari arus pembangunan. Di sebalik pelbagai bantuan subsidi dan projek pembangunan yang disasarkan kepada kumpulan miskin, mereka masih daif dan tidak mendapat manfaat sepenuhnya. Antara faktor utama projek yang telah dijalankan tidak mencapai objektif adalah kerana ia tidak menepati keperluan kumpulan sasar dan kurang peka terhadap ajaran agama Islam. Oleh itu, Malalui kajian yang telah dibuat dengan kerjasama dengan beberapa buah agensi kerajaan seperti Universiti Malaysia Terengganu, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)Terengganu, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam, Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Jabatan Perikanan Negeri Terenganu bergabung untuk melihat suatu perubahan yang akan melonjak kesedaran masyarakat kearah positif. Kajian ini menggunakan metodologi analisis persampelan, instrument kajian, Pengumpulan data analisis data yang telah dibahagikan kepada empat fasa utama iaitu analisi situasi dan keperluan komuniti, merancang projek pembangunan berdasarkan keperluan, pelaksanaan projek pembangunan dan penilian kesan projek keatas kumpulan sasar. Harapan semoga kajian ini boleh mengubah sosioekonomi melalui kesedaran agama menjadi asas pembangunan sosioekonomi.