Persepsi Golongan Ilmuan dan Profesional Terhadap Parti Politik di Terengganu
Artikel ini memaparkan kupasan mengenai persoalan persepsi golongan ilmuan dan profesional terhadap parti politik di Terengganu. Malaysia merupakan negara yang mempunyai kepelbagaian etnik dan agama sudah pasti kehadiran kepelbagaian parti politik dapat mewarnai suasana kehidupan komuniti dalam m...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/1285/1/FH03-FUPL-18-12015.pdf http://eprints.unisza.edu.my/1285/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sultan Zainal Abidin |
Language: | English |
Summary: | Artikel ini memaparkan kupasan mengenai persoalan persepsi golongan ilmuan dan profesional
terhadap parti politik di Terengganu. Malaysia merupakan negara yang mempunyai kepelbagaian etnik dan
agama sudah pasti kehadiran kepelbagaian parti politik dapat mewarnai suasana kehidupan komuniti dalam
melestarikan pembangunan negara ke arah yang lebih baik dan maju. Objektif dalam artikel ini akan
memperlihatkan bagaimana pandangan masyarakat terhadap parti yang menjadi pilihan mereka sama ada
Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara
(AMANAH) dan Parti BERSATU yang semakin bergerak aktif dan popular dalam kalangan masyarakat di
Terengganu. Kajian ini juga akan meneliti sejauh mana hubungan persepsi terhadap kewibawaan parti politik
dengan isu-isu politik kepartian yang ditimbulkan. Sampel dalam kajian ini adalah golongan ilmuan dan
profesional iaitu seramai 100 orang yang diambil dalam program Multaqa Ilmuan dan Profesional
Terengganu 2017. Kajian ini akan menganalisis menggunakan analisis deskriptif. Hasil dapatan
menunjukkan pelbagai persepsi yang telah dipilih oleh mereka terhadap parti yang mereka rasakan
bersesuaian dan bertepatan dengan identiti parti yang mereka andaikan. Selain itu, penyelidik akan melihat
sejauh mana kemampuan parti politik yang menjadi harapan masyarakat serta rakyat meletakkan kepercayaan
dalam meneruskan pembangunan negara ke arah lebih selamat dan harmoni. Parti yang dipilih juga sudah
pasti menepati ciri-ciri yang ada dalam penubuhan parti serta menepati cita rasa mereka. |
---|