Modul Sokongan Sosial Keluarga (SOS I.K)

Usaha pemulihan ketagihan opiat boleh berlaku sama ada di institusi ataupun dalam komuniti. Pemulihan ketagihan opiat dalam komuniti melibatkan keluarga sebagai penggerak utama pemulihan dengan penglibatan yang berterusan. Penglibatan keluarga disebut sebagai sokongan sosial keluarga dan dicirika...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Mohd Yusof, W.C., Zulkifli, M., Norizan, A.G., Berhanundin, A., Mohd Safri, A., Wan Hishamudin, W.J., Ahmad Jazlan, M.J., Farah Syazrah, M.G., Abdul Wahab, M.A.
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1296/1/FH03-INSPIRE-19-23763.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1296/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Usaha pemulihan ketagihan opiat boleh berlaku sama ada di institusi ataupun dalam komuniti. Pemulihan ketagihan opiat dalam komuniti melibatkan keluarga sebagai penggerak utama pemulihan dengan penglibatan yang berterusan. Penglibatan keluarga disebut sebagai sokongan sosial keluarga dan dicirikan dengan tiga aspek iaitu sumber sokongan, kekuatan sumber sokongan serta bentuk sokongan.Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas 181 orang responden yang terdiri daripada ahli keluarga penagih opiat di negeri Terengganu, keluarga menghadapi cabaran dalam melibatkan diri sepanjang proses pemulihan disebabkan oleh beberapa kekangan seperti pengetahuan, sikap penagih serta emosi keluarga. Justeru, modul ini adalah alternatif untuk membantu ahli keluarga untuk mengatasi kekangan tersebut. Modul yang dibina ini mempunyai empat (4) unit yang mempunyai fokus yang berbeza iaitu: (i) konsep keluarga sejahtera, (ii) cabaran sokongan sosial keluarga, (iii) maklumat klinikal mengenai dadah serta pusat pemulihan yang terdapat di Terengganu, (iv) potensi sokongan emosi serta aspek spiritual. Modul ini dilaksanakan dalam bentuk ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK), dan diskusi interaktif. Modul ini boleh dikembangkan di peringkat komuniti dalam mengatasi stigma yang sering kali dikaitkan dengan ketagihan opiat. Modul ini berpotensi untuk dijadikan sebagai satu kaedah pembelajaran sepanjang hayat untuk membangunkan potensi keluarga sebagai agen penting bagi pemulihan ketagihan opiat. Modul ini juga akan dikembangkan ke dalam bentuk aplikasi agar ianya boleh di akses oleh pengguna atas talian bagi membolehkan keluarga lain yang mempunyai penagih memperoleh manfaat yang sama.