Amalan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc): Amalan 1-guru sebagai perancang dan pengawal

Sistem Pendidikan di Malaysia lebih menekankan konsep pengajaran berpusatkan murid. Guru memainkan watak utama sebagai pelaksana dasar-dasar pendidikan negara hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dan berbeza diamalkan secara berkesan di dalam bilik darjah. Guru berti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zulkifly, Md Alwayi, Rahimah, Embong
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1357/1/FH03-INSPIRE-19-22947.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1357/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Sistem Pendidikan di Malaysia lebih menekankan konsep pengajaran berpusatkan murid. Guru memainkan watak utama sebagai pelaksana dasar-dasar pendidikan negara hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dan berbeza diamalkan secara berkesan di dalam bilik darjah. Guru bertindak sebagai tenaga pengajar, pendidik, pengasuh dan pengurus kepada kelas yang diajarnya dan berperanan sebagai fasilitator, mentor dan kaunselor sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Seiring dengan pelaksananaan amalan pembelajaran dan pemudahcaraan sebagaimana yang terkandung dalam “Standard Kualiti Pendidikan Malaysia” di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), pelajar yang didedahkan dengan pembelajaran yang berpusatkan murid menunjukkan lebih kefahaman dan gambaran lebih positif berbanding kaedah konvensional. Kemahiran profesionalisme guru yang tinggi menjadi penggerak kepada pembangunan pendidikan yang terancang, teratur dan berkualiti menjadi lebih berkesan (Mok Soon Sang,2011). Perkembangan pendidikan tidak dapat dibangunkan tanpa guru-guru yang cemerlang dan berkualiti. Guru- guru tersebut menjadi pemangkin kepada keberkesanan sesuatu pendidikan yang mampu melahirkan insan cemerlang secara holistik. Justeru itu, kertas kerja konsep ini, penyelidik akan mengupas dan memperincikan amalan pembelajaran dan pemudahcaraan bagi meningkatkan tahap kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah rendah. Seterusnya, penyelidik turut membincangkan isu dan masalah yang timbul sepanjang pelaksanaannya. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan instrumen soal selidik untuk guru-guru dari sekolah rendah. Dapatan kajian ini akan menjadi sumber rujukan untuk membantu KPM, Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Perkembangan Kurikulum, sekolah, guru, pelajar dan sistem pendidikan amnya sebagai faktor utama untuk produk akhir yang lebih baik dalam menghadapi pendidikan era globalisasi abad ke 21.