Pengaruh kepimpinan pelajar universiti awam terhadap pendidikan pendemokrasian di Malaysia

Pembangunan dan kemajuan seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020 bergantung kepada kejayaan pemimpin dalam mengekalkan perpaduan dan kedaulatan negara secara padu dan berterusan berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan 1948. Pembangunan pendidikan pendemokr...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdullah, Ibrahim, Wan Khairul Aiman, Wan Mokhtar, Salman, Lambak
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1389/1/FH03-FUPL-18-22857.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1389/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Pembangunan dan kemajuan seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020 bergantung kepada kejayaan pemimpin dalam mengekalkan perpaduan dan kedaulatan negara secara padu dan berterusan berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan 1948. Pembangunan pendidikan pendemokrasian amat penting dalam memastikan kerukunan dan kedamaian sesebuah negara. Proses ini perlu berlangsung dengan sempurna bagi kebaikan semua warganegara ke arah meningkatkan kemajuan negara pada masa akan datang. Mahasiswa dan mahasiswi adalah barisan hadapan negara yang diharapkan untuk memikul amanah kepimpinan pada masa hadapan. Pelajar berperanan penting sebagai bakal pemimpin negara dan perlu mempunyai tahap pemahaman dan penghayatan yang tinggi tentang pendemokrasian dan kewajipan sebagai warganegara Malaysia. Secara khususnya, kajian ini meneliti pengaruh kepimpinan pelajar terhadap pendidikan pendemokrasian dalam kalangan pelajar Universiti Awam di Malaysia. Kaedah tinjauan keratan rentas diaplikasikan dalam proses pengumpulan data yang melibatkan soal selidik Kepimpinan Pelajar yang dibentuk oleh Kouzes & Posner pada tahun 2007, soal selidik Pendidikan Pendemokrasian daripada Evans & Rose pada tahun 2007. Seramai 326 orang pemimpin pelajar universiti awam di Semenanjung Malaysia telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Kepimpinan Pelajar juga turut memberi pengaruh sebanyak 39.6% terhadap Pendidikan Pendemokrasian. Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pemimpin-pemimpin negara, pihak pentadbiran universiti, dan jabatan pendidikan sebagai panduan dalam menilai aspek kepimpinan pelapis pemimpin negara. Di samping itu, kajian ini boleh dijadikan rujukan asas bagi meningkatkan pelbagai ilmu pengurusan kepimpinan berteraskan pendidikan pendemokrasian sebagai asas pembentukan jati diri pemimpin.