Sensitiviti Agama Dalam Hubungan Masyarakat Pelbagai Kaum Di Malaysia
Artikel ini memaparkan kupasan mengenai persoalan sensitiviti agama dalam perpaduan kaum di Malaysia. Kepelbagaian kaum dan etnik yang wujud sudah semestinya mempunyai pegangan agama yang tersendiri dan berfungsi memandu kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dan sempurna. Agama yang dianuti me...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/1423/1/FH03-INSPIRE-17-11209.pdf http://eprints.unisza.edu.my/1423/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sultan Zainal Abidin |
Language: | English |
Summary: | Artikel ini memaparkan kupasan mengenai persoalan sensitiviti agama dalam perpaduan kaum di
Malaysia. Kepelbagaian kaum dan etnik yang wujud sudah semestinya mempunyai pegangan agama yang
tersendiri dan berfungsi memandu kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dan sempurna. Agama yang
dianuti mereka dipelihara dan dijaga kesuciannya tanpa ada penindasan dan penghinaan oleh mana-mana
agama lain sehingga boleh membawa kepada sensitiviti terhadap agama. Namun sejak akhir ini, elemen
agama sering menjadi instrumen yang membawa perpecahan dan konflik antara kaum. Isu agama yang
timbul sememangnya memberi impak negatif walaupun sifat al-tasa’muh (toleransi) agama dalam budaya
telah berlaku dalam masyarakat di Malaysia. Sensitiviti agama yang timbul sedikit sebanyak akan
menyebabkan kerapuhan hubungan antara kaum jika agama yang diamalkan mereka dihina dan dipermainmainkan oleh penganut lain. Objektif dalam artikel ini juga akan memperlihatkan sejauh mana kekuatan
hubungan sensitiviti agama dengan isu perpaduan kaum yang timbul dalam kalangan masyarakat. Kajian ini
juga akan menganalisis berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu berhubung
isu-isu sensitiviti agama yang ditimbulkan seperti isu Kalimah Allah, rumah ibadat, agama rasmi negara dan
sebagainya. Hal sedemikian menjadi sensitif sehingga mencetuskan kontroversi dan penghinaan terhadap
agama. Kaedah yang digunakan dalam penulisan ini adalah analisis dokumen. Hasil kajian ini mendapati
banyak isu-isu sensitiviti agama yang ditimbulkan sehingga mendatangkan konflik perpaduan kaum dalam
masyarakat di Malaysia. |
---|