Nur Muhammad Dan Nur Panjtan: Satu Perbandingan

Pemahaman tentang hakikat Nur Muhammad ini berkaitan dengan makhluk yang pertama diciptakan oleh Allah SWT. Isu kejadian awal makhluk ini juga menjadi perbincangan dalam aliran tarekat tasawuf dan dalam aliran Syiah Namun begitu dalam isu hakikat Nur Muhammad ini sebahagian para sarjana hadis men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fadzli, Adam, Muhamad Farhan, Samsuddin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1428/1/FH03-INSPIRE-17-11207.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1428/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Pemahaman tentang hakikat Nur Muhammad ini berkaitan dengan makhluk yang pertama diciptakan oleh Allah SWT. Isu kejadian awal makhluk ini juga menjadi perbincangan dalam aliran tarekat tasawuf dan dalam aliran Syiah Namun begitu dalam isu hakikat Nur Muhammad ini sebahagian para sarjana hadis menolak kejadian pertama makhluk adalah Nur Muhammad. Malah ada yang mengaitkan kejadian hakikat Nur Muhammad ini telah terpengaruh dengan konsep Nur Panjtan yang wujud dalam aliran Syiah. Kajian ini bertujuan membandingkan antara Nur Muhammad dengan Nur Panjtan melalui dari tiga aspek utama iaitu (1) dari sudut dalil yang dikemukakan oleh kedua-dua aliran, (2) aspek persamaan yang wujud antara keduanya dan seterusnya (3) kajian ini akan melihat perbezaan konsep Nur Muhammad dengan Nur panjtan. Kajian kualitatif ini menggunakan metode dokumentasi dan temu bual bagi memperoleh data. Kajian mendapati kedua-dua aliran Syiah dan tasawuf merujuk kepada dalil yang sama sebagai hujah bahawa cahaya Nabi Muhammad SAW adalah makhluk terawal dicipta. Namun, konsep Nur Panjtan yang difahami oleh Syiah mempunyai perbezaan ketara berbanding konsep hakikat Nur Muhammad yang difahami oleh tasawuf. Implikasi dari kajian ini dapat menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat hari ini. Selain itu juga, dapat memberi sumbangan kepada pihak berwajib untuk menjawab tuduhan yang dikeluarkan oleh sesetengah golongan yang mengatakan tasawuf terpengaruh dengan aliran Syiah yang sesat.