Syiah Di Malaysia: Perbandingan Antara Ithna ‘Asyariyyah Dan Daudi Bohra

Syiah merupakan mazhab Islam kedua terbesar selepas Sunni mewakili 10-15 peratus penganut Islam di seluruh dunia dengan majoriti berada di Iran, Iraq, Azerbaijan dan Bahrain. Di Malaysia, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 1996 memutuskan Syiah bercanggah dengan ajaran Sunni dan tidak dibenar untuk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rahimah, Embong, Fadzli, Adam, Mohd Afandi, Salleh, Basri, Ibrahim, Mohd Safri, Ali, Syed Hadzrullathfi, Syed Omar, Ahmad Fahim, Ali
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1435/1/FH03-INSPIRE-17-11204.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1435/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Syiah merupakan mazhab Islam kedua terbesar selepas Sunni mewakili 10-15 peratus penganut Islam di seluruh dunia dengan majoriti berada di Iran, Iraq, Azerbaijan dan Bahrain. Di Malaysia, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 1996 memutuskan Syiah bercanggah dengan ajaran Sunni dan tidak dibenar untuk disebarkan. Namun, bilangan pengikut Syiah di Malaysia dilihat semakin bertambah dari semasa ke semasa. Masalah ini jika tidak diurus pasti akan membawa masalah kepada umat Islam di negara ini. Tambahan pula, krisis perang Syria dikatakan turut berpunca daripada sentimen mazhab Sunni-Syiah. Berdasarkan data dari JAKIM, Syiah di Malaysia terdiri daripada tipologi yang berbeza iaitu Ithna ‘Asyariyyah, Daudi Bohra dan Isma’iliyyah Agha Khan. Kajian ini bertujuan untuk meneliti dan mengupas rukun agama bagi dua kumpulan Syiah yang terbesar di Malaysia; Ithna ‘Asyariyyah dan Daudi Bohra. Kutipan data dijalankan melalui kaedah dokumentasi serta temubual terhadap responden terpilih seterusnya dianalisis oleh pengkaji. Hasil kajian mendapati walaupun kedua-dua kumpulan datang dari jalur yang sama, namun perbezaan antara mereka amat jelas terutama hal berkaitan Imamah, dan rukun asas agama. Data yang dikumpul dan dianalisis akan dapat dijadikan rujukan oleh masyarakat dan pihak berwajib seperti JAKIM dan Jabatan Hal Ehwal Agama dalam memahami dengan lebih terperinci tipologi kumpulan Syiah yang terbesar di Malaysia.