Konsep mukhalafatuhu li al-hawadith menurut shurrah matan jawharah al-tawhi

Sebahagian besar kajian dalam perbahasan akidah yang telah dilakukan sebelum ini banyak menumpukan lebih kepada isu-isu besar yang telah berlaku di dalam ruang lingkup perbicangan isu-isu akidah Islam seperti pertembungan pelbagai aliran yang mengaku membawa panji ahl al-Sunnah wa alJamac ah yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Nasri, Hassan Basri, Mohd Hasrul, Shuhari, Engku Ibrahim, Engku Wok Zin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1472/1/FH03-FKI-18-20495.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1472/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Sebahagian besar kajian dalam perbahasan akidah yang telah dilakukan sebelum ini banyak menumpukan lebih kepada isu-isu besar yang telah berlaku di dalam ruang lingkup perbicangan isu-isu akidah Islam seperti pertembungan pelbagai aliran yang mengaku membawa panji ahl al-Sunnah wa alJamac ah yang sebenar namun pada hakikatnya tidak semua daripada golongan ini benar-benar berada di atas landasan yang telah digariskan sebagai firqah al-najiyah oleh Baginda SAW. Kebanyakan golongan yang mendakwa merekalah golongan yang disebut oleh Baginda SAW ini, telah melakukan kesalahan serta penyelewengan terhadap pemahaman akidah Islamiyyah yang bersumberkan pemahaman yang benar daripada al-Quran dan al-Sunnah. Tambahan pula, telah wujud dalam masyarakat Islam kita pada hari ini golongan yang bersemangat menyeru masyarakat kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah, tanpa perlu mengambil kira kepentingan ulama dan mazhab. Bahkan, hasil daripada seruan ini, telah muncul kembali individu-individu yang silap memahami isu-isu akidah Islam khususnya isu tentang sifat-sifat Allah SWT. berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, kajian ini merupakan satu kajian mengenai pemahaman salah satu sifat yang wajib bagi Allah SWT iaitu sifat mukhalafatuhu li alhawadith menurut shurrah matan Jawharah al-Tawhid. Kajian ini dilakukan bagi memperjelaskan konsep sifat mukhalafatuhu li al-hawadith berdasarkan pandangan al„Imam Ibrahim bin Hasan al-Laqani menerusi matan Jawharah al-Tawhid dan syarahnya serta ulama-ulama lain yang datang setelahnya yang telah mensharahkan matan ini menerusi kitab-kitab syarah mereka. Fokus kajian ini adalan penelitian serta perincian pegangan ahl al-Sunnah wa al-Jamac ah terhadap sifat mukhalafatuhu li al-hawadith berdasarkan dalil naqli dan caqli di sisi Imam al-Laqani serta pandangan para ulama yang telah mensyarahkan matan yang telah ditulis oleh beliau. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk menilai dan menjelaskan iktikad ahl al-Sunnah wa al-Jamac ah dalam mentafsir sifat mukhalafatuhu li al-hawadith serta golongan lain yang menyimpang daripada fahaman ahl al-Sunnah wa al-Jamac ah seperti golongan Muktazilah, Mujassimah, Hasywiyyah dan yang seumpama dengannya.