Pendekatan isqat tadbir al-‘Uyub dalam memperkasakan ketahanan diri wanita

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan unsur ketahanan diri dalam proses membangunkan generasi yang berupaya mencapai kesejahteraan diri. Rentetan daripada usaha kerajaan tersebut secara tidak langsung memperlihatkan kepentingan aspek ketahanan diri dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran sem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Hajar, Mohamad Yusoff, Nor Shakirah, Azizan, Siti Fatimah, Salleh
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1477/1/FH03-FKI-18-20480.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1477/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan unsur ketahanan diri dalam proses membangunkan generasi yang berupaya mencapai kesejahteraan diri. Rentetan daripada usaha kerajaan tersebut secara tidak langsung memperlihatkan kepentingan aspek ketahanan diri dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran semasa. Terdapat kajian yang menunjukkan wanita mempunyai tahap ketahanan diri yang lebih rendah berbanding lelaki. Namun, aspek ketahanan diri ini boleh diasah dan dipelajari. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji dan mencadangkan penyelesaiannya menerusi pendekatan Isqat Tadbir Al-’Uyub dalam memperkasakan ketahanan diri agar terhindar dari tekanan dan masalah jiwa akibat dari kurangnya pemahaman tentang ajaran al-Quran. Bagi menjawab persoalan dan tujuan kajian, reka bentuk pendekatan kualitatif menggunakan analisis dokumen diaplikasikan dalam kajian ini. Metod kajian ini berdasarkan kajian perpustakaan dengan menganalisis kitab turath. Kajian ini mendapati pendekatan Isqat Tadbir Al-’Uyub mampu menyumbang dalam melahirkan golongan wanita, khususnya muslimah yang berdaya tahan seterusnya berupaya memberi sumbangan dalam konteks pembangunan keluarga, masyarakat, dan Negara.