Daya Maju Pasar Borong Di Malaysia : Perspektif Pemegang Taruh

Usaha-usaha ke arah penambahbaikan sistem pemborongan di Malaysia perlu dilaksanakan mengikut perancangan strategik yang lengkap dan teratur dengan melibatkan semua pihak berkepentingan secara langsung atau tidak langsung. Ini penting bagi menjamin aktiviti jual beli dapat dijalankan dengan terat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim, Mamat, Wan Norhayate, Wan Daud, Safrul Izani, Mohd Salleh, Wan Musa, Wan Muda, Fakhrul Anwar, Zainol, Nurdalila, Mukhtar
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1577/1/FH03-IDAMAN-17-09474.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1577/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Usaha-usaha ke arah penambahbaikan sistem pemborongan di Malaysia perlu dilaksanakan mengikut perancangan strategik yang lengkap dan teratur dengan melibatkan semua pihak berkepentingan secara langsung atau tidak langsung. Ini penting bagi menjamin aktiviti jual beli dapat dijalankan dengan teratur dan berkesan. Pasar borong merupakan medium bagi pengeluar untuk memasarkan hasil pertanian mereka dan pada masa yang sama pengguna akan mendapat bekalan makanan yang berterusan dengan kualiti harga yang berpatutan. Justeru, kerajaan Negeri Terengganu mengambil pendekatan ini melalui cadangan pembinaan Pasar Borong Bukit Payong yang terletak di daerah Marang di mana ia merupakan Pasar Borong Negeri yang menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian negeri dan pengedaran makanan (pertanian, penternakan dan perikanan) dan keperluan harian kepada pengguna serta penduduk Negeri Terengganu keseluruhannya. Pembinaan Pasar Borong Negeri ini juga adalah salah satu inisiatif pihak kerajaan untuk memajukan sistem pemasaran produk pertanian dan industri asas tani di negeri ini.