Penelitian Terhadap Perbezaan Bacaan Qiraat Mutawatir Pada Kalimah (لامسنم): Perkaitan, Kesan Dan Pertaliannya Pada Hukum Fiqh

Qiraat Mutawatir adalah antara disiplin ilmu al-Quran yang mempunyai pertalian rapat dengan pelbagai disiplin ilmu Islam, termasuklah fiqh. Impak ilmu ini ternyata amat dominan dalam menentukan perbezaan pola dan corak hukum Fiqh Islami dalam kalangan Fuqaha‟. Hubungan yang begitu signifikan ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd A' Tarahim, Mohd Razali, Ahmad Zahid, Salleh, Mohd Faiz Hakimi, Mat Idris, Normadiah, Daud, Sofyuddin, Yusof, Nor Hafizi, Yusof, Abdillah Hisham, Ab. Wahab
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1591/1/FH03-FKI-17-09452.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1591/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Qiraat Mutawatir adalah antara disiplin ilmu al-Quran yang mempunyai pertalian rapat dengan pelbagai disiplin ilmu Islam, termasuklah fiqh. Impak ilmu ini ternyata amat dominan dalam menentukan perbezaan pola dan corak hukum Fiqh Islami dalam kalangan Fuqaha‟. Hubungan yang begitu signifikan ini dari sisi pandang yang lain turut dilihat memainkan peranan khusus dalam penginstibatan hukum fiqh yang diasaskan dalam sesuatu mazhab fiqh. Pandangan mengatakan bahawa bacaan Qiraat seseorang Fuqaha itu dilihat menjadi satu sandaran utama dalam pengeluaran sesetengah hukum fiqh dalam mazhab berkenaan, dilihat membawa kesamaran terhadap peranan dan perkaitannya. Justeru, keadaan ini memerlukan penghuraian agar ia dapat difahami dalam konteks yang sebenar. Kajian ini menggunakan metode kualitatif berdasarkan kajian kepustakaan. Himpunan maklumat dan data-data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif, induktif, deduktif dan komparatif. Kajian mendapati bahawa ilmu Qiraat adalah salah satu sumber utama dalam penentuan hukum fiqh. Ia amat mempengaruhi pola perbincangan para ilmuan Islam dalam bidang Qiraat dan Fiqh. Usaha bersistematik dan berterusan perlu dilakukan bagi menjana pengetahuan Qiraat secara holistik kepada sasaran dan memastikan pemahaman terhadap ilmu Qiraat dan Fiqh berada pada jajarannya.