Bank Susu Patuh Syariah Menurut Pandangan Ulama Kontemporari
Bank susu sangat terkenal di negara Barat. Cadangan pembinaan bank susu patuh syariah di negara Islam telah mencetuskan permasalahan dalam kalangan masyarakat Islam. Ini kerana, bank susu berkait rapat dengan penyusuan dalam Islam. Susu ibu yang diambil dari bank susu akan memberi impak terhadap...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/1599/1/FH03-FKI-17-09450.pdf http://eprints.unisza.edu.my/1599/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sultan Zainal Abidin |
Language: | English |
Summary: | Bank susu sangat terkenal di negara Barat. Cadangan pembinaan bank susu patuh syariah di
negara Islam telah mencetuskan permasalahan dalam kalangan masyarakat Islam. Ini kerana,
bank susu berkait rapat dengan penyusuan dalam Islam. Susu ibu yang diambil dari bank susu
akan memberi impak terhadap pensabitan mahram susuan. Namun, bank susu patuh syariah ini
berbeza dengan bank susu konvensional di negara Barat. Oleh itu, berdasarkan kepada
pandangan ulama silam dan kontemporari terhadap cadangan pembinaan bank susu patuh
syariah di Malaysia adalah sangat penting sebagai sumber bekalan susu ibu kepada bayi-bayi
yang sangat memerlukan susu ibu dan juga kepada para ibu yang tidak mampu untuk
menyusukan bayi atas masalah-masalah tertentu. Justeru, pembinaan bank susu patuh syariah di
Malaysia sangat penting bagi menjamin kelangsungan hidup bayi pada masa akan datang. Walau
bagaimanapun, apa yang menjadi permasalahannya ialah fatwa yang dikeluarkan oleh
Jawatankuasa Fatwa di Malaysia telah mengharamkan penubuhan bank susu di Malaysia kerana
dibimbangi berlakunya percampuran dan pertindihan mahram susuan serta melibatkan mafsadah
yang lebih besar. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri
pembinaan bank susu patuh syariah dan melihat sejauh manakah keperluan bayi kepada bank
susu ini. Di samping itu, tujuan kajian ini dapat menjelaskan pandangan ulama silam dan
kontemporari terhadap cadangan pembinaan bank susu patuh syariah di Malaysia. Kajian ini
menggunakan kaedah kualitatif yang mana data-data dan maklumat yang dikumpulkan akan
dianalisis dalam bentuk kaedah analisis kandungan. Oleh yang demikian, kajian ini dapat memberi
penjelasan kepada masyarakat tentang keharusan pembinaan bank susu patuh syariah. Selain itu,
kajian ini dapat membuktikan bahawa pembinaan bank susu patuh syariah membawa lebih
banyak maslahah dan menerangkan sejauh manakah keperluan bayi terhadap pembinaan bank
susu patuh syariah ini. |
---|