Metodologi pendalilan Hukum dalam kitab al-Kifayah Karangan syeikh Abdul malik bin Abdullah (650m-736m)
Syeikh Abdul Malik bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis yang lahir pada tahun 1650M telah memainkan peranan besar dalam penulisan karya fiqh. Penulisan karya fiqh oleh Syeikh Abdul Malik bin Abdullah ini dianggap sebagai kesinambungan kepada kegiatan penulisan kitab-kitab fiqh...
Saved in:
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/1601/1/FH03-FKI-17-09449.pdf http://eprints.unisza.edu.my/1601/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sultan Zainal Abidin |
Language: | English |
Summary: | Syeikh Abdul Malik bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis
yang lahir pada tahun 1650M telah memainkan peranan besar dalam penulisan
karya fiqh. Penulisan karya fiqh oleh Syeikh Abdul Malik bin Abdullah ini
dianggap sebagai kesinambungan kepada kegiatan penulisan kitab-kitab fiqh
terawal di Tanah Melayu yang dimulai oleh Syeikh Nūr al-Dīn al-Rānirī
(meninggal pada tahun 1658M) dan Syeikh Abdul Ra’ūf al-Fanṣurī
(1024H/1615M-1105H/1693M). Karya-karya fiqh karangan Syeikh Abdul Malik
didapati masih kekal dalam bentuk manuskrip bertulisan tangan dan tidak dicetak
dan menyebabkan masyarakat awam tidak dapat mengambil manfaat
daripadanya. Di antara aspek terpenting yang perlu dikaji dan didedahkan
kepada masyarakat ialah metodologi pendalilan hukum yang terdapat di
dalamnya, khususnya dalam karya fiqh terbesar beliau iaitu Kitab al-Kifayah.
Justeru, kertas kerja ini bertujuan mengkaji riwayat hidup Syeikh Abdul Malik dan
apakah metodologi pendalilan yang terdapat di dalam kitab ini. Dengan
menggunakan metod analisis dokumen, kajian mendapati selain daripada
merujuk kepada dua sumber utama hukum islam iaitu al-Quran dan hadis, Syeikh
Abdul Malik bin Abdullah turut menggunakan kaedah qiyas, ʻurf dan kaedah
fiqhiyyah. Hal ini telah membuktikan bahawa Syeikh Abdul Malik bukanlah ulama
yang hanya menukilkan fakta-fakta fiqh yang telah sedia ditulis di dalam kitabkitab fiqh yang muktabar dalam Mazhab Syafie, tetapi juga seorang ulama yang
mampu berijtihad dalam menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dalam
masyarakat setempat ketika itu. |
---|