Jati diri kaum wanita dalam kitab murshid akhawat al-akhirah

Masyarakat Islam seluruh dunia secara umumnya melihat persoalan jati diri Islam secara serius selepas berlakunya era globalisasi. Satu istilah yang sudah disebut-sebut sejak pertengahan tahun 1980 dan menjadi popular sekitar tahun 1990. Menurut al-`Ani (2009), dua faktor utama yang mendasari situ...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Zaidin, Mat@Mohamad, Nur Fatin Izati, Mohamad Amin
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1617/1/FH03-FKI-18-15443.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1617/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Masyarakat Islam seluruh dunia secara umumnya melihat persoalan jati diri Islam secara serius selepas berlakunya era globalisasi. Satu istilah yang sudah disebut-sebut sejak pertengahan tahun 1980 dan menjadi popular sekitar tahun 1990. Menurut al-`Ani (2009), dua faktor utama yang mendasari situasi ini, iaitu rasa terancam dan rasa keperluan melakukan islah dan reformasi. Dalam keadaan sekarang, keperluannya lebih mendasar dengan segala perkembangan dan perubahan dunia meliputi aspek politik, ekonomi, sosial, teknologi, alam sekitar dan sebagainya. Masyarakat Islam dunia, dan khususnya di Malaysia tidak boleh berdiam diri, malah perlu berpartisipasi dengan masyarakat global dalam melakarkan perubahan kehidupan mereka selaras dengan arus perkembangan semasa dunia. Namun begitu, setiap perubahan mahupun islah yang ingin dilakukan perlu menepati syariah dan tidak menyimpang dari kehendak dan panduan Islam yang suci. Di sinilah letaknya kepentingan jati diri Islam. Tanpa jati diri yang kuat, umat Islam akan hanyut dengan ideologi-ideologi semasa yang tidak selari dengan nilai peradaban, sejarah mahupun budaya Islam (Imarah, 2004).