Kesetaraan gender dalam islam: satu analisis
Gerakan feminisme secara konsisten mendakwa wanita dalam Islam didiskriminasi dan diperlakukan secara tidak adil. Mereka mendakwa ulama traditionalis menafsir teks Islam secara bias yang mengakibatkan wanita terkongkong di bawah penguasaan lelaki dan menjadi mangsa ketidaksetaraan dan diskriminas...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/1621/1/FH03-FKI-18-15439.pdf http://eprints.unisza.edu.my/1621/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sultan Zainal Abidin |
Language: | English |
Summary: | Gerakan feminisme secara konsisten mendakwa wanita dalam Islam didiskriminasi dan
diperlakukan secara tidak adil. Mereka mendakwa ulama traditionalis menafsir teks Islam secara bias yang
mengakibatkan wanita terkongkong di bawah penguasaan lelaki dan menjadi mangsa ketidaksetaraan dan
diskriminasi gender. Sebagai tindak balas, feminis mula melaungkan tuntutan kesetaraan gender. Isu ini
menjadi polemik kerana tuntutan mereka menyentuh sistem, prinsip dan hukum-hakam Islam. Kajian ini
bertujuan untuk memahami konsep kesetaraan gender, seterusnya diskriminasi dan bias gender yang didakwa
berlaku dalam Islam. Kajian ini juga ingin melihat konsep kesetaraan gender dari sudut pandangan Islam.
Metod yang digunapakai dalam kajian ini adalah pendekatan kualitatif dan menggunakan kaedah analisis
dokumen iaitu dengan mengumpul dan menganalisis kandungan teks. Kajian menunjukkan bahawa Islam
mengiktiraf kesetaraan gender dalam sebahagian aspek hukum-hakamnya. Di samping itu, kajian juga
membuktikan bahawa Islam lebih mengutamakan konsep keadilan gender berbanding kesetaraan gender
secara mutlak yang mungkin tidak mendatangkan keadilan. Oleh yang demikian, dakwaan bahawa Islam
mendiskriminasi wanita adalah tidak benar. Kajian juga mencadangkan supaya perbezaan gender ini dilihat
sebagai hubungan lengkap-melengkapi dan bukannya hubungan persaingan. |
---|