Pengendalian Dokumentasi Amalan Penyusuan Anak Susuan Dalam Kalangan Ibu Susuan

Pengambilan ibu susuan merupakan aktiviti proaktif bagi pihak penjaga dan bayi. Penyusuan adalah keperluan asas dan hak bagi bayi yang baru dilahirkan. Penyaksian dan pengakuan merupakan instrumen yang diperkenalkan syarak bagi tujuan pembuktian penyusuan. Kontemporari ini, berlaku isu pengambila...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Fatimah, Salleh, Halimatus Saadiah, Mohamad Safir
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/1652/1/FH03-FKI-17-08864.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/1652/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Pengambilan ibu susuan merupakan aktiviti proaktif bagi pihak penjaga dan bayi. Penyusuan adalah keperluan asas dan hak bagi bayi yang baru dilahirkan. Penyaksian dan pengakuan merupakan instrumen yang diperkenalkan syarak bagi tujuan pembuktian penyusuan. Kontemporari ini, berlaku isu pengambilan susu ibu secara ekspres dan penjualan susu ibu secara komersial oleh pihak tertentu. Pengendalian kepada amalan ini belum dipantau oleh pihak berkuasa secara rasmi. Implikasi dari amalan tersebut boleh menyebabkan berlaku kecelaruan dalam pensabitan nasab. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui amalan pendokumentasian penyusuan anak susuan dalam kalangan penjaga dan ibu susuan. Metodologi artikel ini adalah kajian kepustakaan dan temubual ibu susuan serta penjaga anak susuan tersebut. Amalan penyusuan dalam kalangan ibu susuan didapati berlaku pensabitan mahram susuan. Kepelbagaian cara untuk menyatakan bukti penyusuan dalam kalangan penjaga dan ibu susuan juga berlaku. Justeru, kajian susulan diperlukan bagi memurnikan proses pendokumentasian di peringkat pihak berkuasa agar tuntutan penjagaan nasab dapat dipelihara di sisi syariah.