Campur Tangan British Serta Sumbangan Ulama dalam Perjuangan Kemerdekaan di Johor
Kajian ini menelusuri sejarah campur tangan di Johor secara umum semenjak 1800 hingga 1957. Tujuannya adalah untuk melihat latar sejarah Johor dan meneroka peranan golongan ulama. Penerokaan ini bertitik tolak dari kajian terdahulu yang cuma memberi fokus pada peranan golongan kesultanan, elit,...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/1772/1/FH03-FKI-19-25263.pdf http://eprints.unisza.edu.my/1772/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sultan Zainal Abidin |
Language: | English |
Summary: | Kajian ini menelusuri sejarah campur tangan di Johor secara umum
semenjak 1800 hingga 1957. Tujuannya adalah untuk melihat latar sejarah
Johor dan meneroka peranan golongan ulama. Penerokaan ini bertitik
tolak dari kajian terdahulu yang cuma memberi fokus pada peranan
golongan kesultanan, elit, ulama dalam pendidikan dan sebagainya.
Walaupun topik kajian terdahulu menyentuh tentang peranan ulama, akan
tetapi penerokaan khusus dalam aspek campur tangan dan kemerdekaan
tidak disebut secara khusus. Justeru, penerokaan umum yang ditonjolkan
menerusi kajian ini dapat menjadi pentas untuk membuat penelitian
dengan lebih mendalam tentang ulama dan kemerdekaan di Johor. Kajian
ini bersifat kualititatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Data
dikumpul menerusi dokumen sumber primer yang terdiri dari rekod arkib.
Kajian ini dilaporkan secara induktif dengan mengambil kira kronologi
peristiwa tersebut. Kajian mendapati ulama terlibat bersama kerajaan
Johor dalam memberi reaksi atas dasar perundangan. Seterusnya, dalam
sistem sosial masyarakat, aspek keagamaan menjadi faktor pemangkin
kewujudan kegiatan berpersatuan serta penentangan menerusi kekerasan
dalam mendepani cabaran campur tangan di Johor. Selanjutnya, ulama
mempunyai peranan tersendiri demi menjayakan sambutan kemerdekaan
dalam negeri Johor antara 30 Ogos hingga 12 September 1957.
Persembahan data ini menujukan keperluan kajian mendalam dibuat
terhadap ulama dan kemerdekaan di Johor berdasarkan sumber primer
serta mengelakkan kebergantungan pada sumber sekunder semata-mata.
Kebergantungan yang wajar dielakkan khusus untuk peristiwa berkait
dengan penentangan kekerasan yang melibatkan unsur persilatan dan
tasawwuf. |
---|