Keperluan Dokumentasi Penyusuan Anak Susuan Dalam Kalangan Masyarakat Di Malaysia

Realiti yang berlaku pada hari ini berkaitan dengan keperluan pengurusan dokumentasi penyusuan anak susuan sangat diperlukan ekoran berlakunya pengambilan ibu susuan yang melibatkan jarak yang jauh serta faktor inovasi dalam sains dan teknologi. Penyusuan bayi yang berlaku apabila penyusuan berl...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Fatimah, Salleh, Dhamirah Nursakinah, Mohd Safir, Halimatus Saadiah, Mohamad Safir
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: 2019
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/2034/1/FH03-FKI-19-33476.jpg
http://eprints.unisza.edu.my/2034/2/FH03-FKI-19-33477.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/2034/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
English
Description
Summary:Realiti yang berlaku pada hari ini berkaitan dengan keperluan pengurusan dokumentasi penyusuan anak susuan sangat diperlukan ekoran berlakunya pengambilan ibu susuan yang melibatkan jarak yang jauh serta faktor inovasi dalam sains dan teknologi. Penyusuan bayi yang berlaku apabila penyusuan berlaku tidak secara langsung menyebabkan bayi dan ibu susuan saling tidak mengenali antara satu sama lain bahkan boleh juga terjadi ibu bapa bayi tersebut tidak mengenali ibu susuan anak mereka. Hal ini demikian kerana, perhubungan antara ibu susuan dan keluarga bayi hanya berlaku di alam maya, dan susu ibu hanya dipos mengikut permintaan keluarga bayi yang memerlukan susu ibu sehingga tercetusnya hubungan nasab iaitu anak susuannya. Proses pengumpulan data dilakukan melalui kaedah perpustakaan dan kaedah temu bual. Hasil pengumpulan data kajian, menunjukkan keadaan ini semakin membimbangkan apabila masyarakat yang mengamalkan budaya penyusuan anak susuan tidak mengambil tahu implikasi penyusuan terhadap anak susuan. Kajian ini adalah untuk mendidik dan memberikan kesedaran kepada masyarakat berkenaan dengan kepentingan dalam mengendalikan pengurusan dokumentasi penyusuan anak susuan. Pendokumentasian ini adalah bukti kepada penyusuan anak susuan dalam menjaga nasab susuan selaras dengan perubahan sosial yang berlaku. Jika tiada pengurusan dokumentasi penyusuan yang mensabitkan mahram susuan akan membawa kepada perkahwinan sesama mahram. Hasil kajian ini, menunjukkan terdapatnya keperluan dan perhatian dari pihak berkuasa dalam usaha untuk mendokumentasikan penyusuan anak susuan ini secara rasmi. Secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat supaya cakna dalam mengendalikan dokumentasi penyusuan anak susuan.