Sumbangan Kitab Risalah Fi Bayani Hukmi Al-Bai?I Wan Al-Riba Karangan Shaykh Abdul Qadir Bin Abdul Rahim Bukit Bayas terhadap Koleksi Fiqh Melayu
Kitab Risalah Fi Bayani Hukmi al-Bai’i wa al-Riba ialah sebuah kitab fiqh yang jarang dikenali masyarakat. Ia dikarang oleh Shaykh Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas, mufti kerajaan Negeri Terengganu yang pertama. Justeru, ia merupakan antara rujukan yang perlu diberikan perhatian dalam mem...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2011
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/2169/1/FH02-FKI-14-00510.pdf http://eprints.unisza.edu.my/2169/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sultan Zainal Abidin |
Language: | English |
Summary: | Kitab Risalah Fi Bayani Hukmi al-Bai’i wa al-Riba ialah sebuah
kitab fiqh yang jarang dikenali masyarakat. Ia dikarang oleh Shaykh
Abdul Qadir bin Abdul Rahim Bukit Bayas, mufti kerajaan Negeri
Terengganu yang pertama. Justeru, ia merupakan antara rujukan yang
perlu diberikan perhatian dalam membicarakan fiqh al-mu’amalat,
khasnya dalam bab jual beli, riba, dan mudharabah. Kajian akan
cuba mengenengahkan biodata ringkas pengarang, bagaimana karya
ini dijejaki, di samping membahaskan isi kandungan dan beberapa
analisis daripada kitab beliau. Data dikumpul daripada tinjauan
perpustakaan, soal selidik dan tembual dan kemudiannya dianalisis
menggunakan metode analisis kandungan. Kajian mendapati bahawa
karya ini merupakan salah sebuah kitab yang berperanan dalam
menyebarkan fiqh al-mu’amalat menurut acuan tempatan. Banyak
pemikiran pengarang yang bersifat kritis dan analitis telah dijelaskan
di dalamnya. Pun begitu, beliau bersikap terbuka kepada pandanganpandangan lain, serta dilihat mampu menggabungkan teori-teori dan
hukum-hukum fiqh dengan unsur-unsur tasawuf dan akhlak. Justeru,
kitab beliau ini seharusnya mendapat tempat yang sewajarnya dalam
masyarakat, sekalipun terdapat beberapa kritikan yang munasabah.
Kesimpulannya, kajian terhadap kitab-kitab ulama tempatan
seharusnya dirancakkan, terutamanya dalam bidang fiqh al-mu’amalat
agar masyarakat kini dapat mengambil manfaat daripadanya. |
---|