Tahap Penguasaan Kemahiran Insaniah (Komunikasi) Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin
Dalam dunia yang semakin berkembang dengan pesat, majikan tidak hanya mementingkan kemahiran teknikal sahaja tetapi juga kepada kemahiran insaniah agar pelajar mereka dapat menyesuaikan dan melengkapkan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama memiliki pelbagai kemahiran. Sehubu...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English English |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/2493/1/FH03-FKI-19-32698.pdf http://eprints.unisza.edu.my/2493/2/FH03-FKI-19-32699.pdf http://eprints.unisza.edu.my/2493/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sultan Zainal Abidin |
Language: | English English |
Summary: | Dalam dunia yang semakin berkembang dengan pesat, majikan tidak hanya mementingkan
kemahiran teknikal sahaja tetapi juga kepada kemahiran insaniah agar pelajar mereka dapat menyesuaikan
dan melengkapkan diri dengan semua jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama memiliki pelbagai
kemahiran. Sehubungan dengan ini, kajian ini dilaksanakan adalah mengenal pasti tahap penguasaan
kemahiran insaniah dari segi komunikasi dalam kalangan mahasiswa Fakulti Kontemporari Islam (FKI)
tahun akhir di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Sampel kajian terdiri daripada 30 orang mahasiswa
Ijazah Sarjana Muda tahun akhir dari bidang Usuluddin dengan Kaunseling, Usuluddin dan Syariah. Kajian
yang dijalankan adalah kajian kuantitatif berbentuk tinjauan di mana untuk menjawab setiap persoalan kajian.
Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang mengandungi maklumat diri dan item
elemen kemahiran insaniah. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Hasil dapatan
kajian mendapati tahap kemahiran insaniah (komunikasi) mahasiswa berada pada tahap sederhana dengan
nilai min keseluruhan adalah 3.70. Untuk melihat perbezaan tahap kemahiran insaniah berdasarkan jantina,
Ujian-t tidak bersandar digunakan dan hasil dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan tahap kemahiran insaniah (komunikasi) bagi mahasiswa lelaki dan pelajar perempuan. Selain itu,
kajian ini juga melihat perbezaan tahap kemahiran insaniah berdasarkan pengkhususan program dan
hubungan tahap kemahiran insaniah berdasarkan pencapaian akademik. Secara keseluruhannya, tahap
kemahiran insaniah (komunikasi) mahasiswa Fakulti Kontemporari Islam (FKI) tahun akhir adalah sederhana
berdasarkan persepsi dan ini telah membuktikan setiap pelajar menitikberatkan kemahiran insaniah agar
mereka dapat bersaing di pasaran. |
---|