Pendekatan Konsep Pelancongan Budaya Dalam Tema Negeri Cantik Budaya Menarik Di Terengganu: Kertas Konsep

Kertas konsep ini membincangkan kepada perhubungan diantara konsep pelancongan budaya yang telah menjadi pengkajian khusus dalam bidang pelancongan dengan tema Negeri Cantik Budaya Menarik yang telah dilancarkan oleh kerajaan negeri Terengganu pada tahun 2007 yang lalu. Penelitian ini lebih menjur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Abd Aziz, Wan Mohd Amin, Muhammad Abi Sofian, Abd. Halim, Shaladdin, Muda, Ahmad Munir, Mohd Salleh
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/252/1/FH03-FPPP-14-01488.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/252/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: English
Description
Summary:Kertas konsep ini membincangkan kepada perhubungan diantara konsep pelancongan budaya yang telah menjadi pengkajian khusus dalam bidang pelancongan dengan tema Negeri Cantik Budaya Menarik yang telah dilancarkan oleh kerajaan negeri Terengganu pada tahun 2007 yang lalu. Penelitian ini lebih menjuruskan kepada faktor-faktor dalam konsep pelancongan budaya sebagaimana yang telah dibincangkan oleh para sarjana Barat dan akademi tempatan dengan perhubungan dasar yang telah dibina oleh Kerajaan negeri Terengganu melalui tema Negeri Cantik Budaya Menarik. Berasaskan kepada hasil perbincangan didalam kertas konsep ini, hasil solusi mendapati bahawa pendekatan tema ini yang berobjektifkan untuk mempromosi keunikan budaya masyarakat tempatan dan persekitaran yang menarik adalah memenuhi kepada pendekatan konsep pelancongan budaya yang telah diberi penekanan oleh sarjana Barat dan tempatan. Sememangnya, perlaksanaan kerajaan negeri Terengganu didalam pembangunan pelancongan budaya berada dilandasan yang betul. Malahan, konsep pelancongan budaya yang telah dibincangkan oleh para sarjana ini juga membantu kepada perancangan kerajaan negeri Terengganu didalam membina program baru yang berkaitan dengan industri pelancongan budaya. Justeru itu, perlaksanaan kerajaan negeri Terengganu dalam tema Negeri Cantik Budaya Menarik sememangnya signifikan dengan konsep pelancongan budaya.