Pelaksanaan diyah dalam kesalahan membunuh dan mencederakan di Malaysia: satu tinjauan

Malaysia sebagai sebuah negara Islam telah mengambil langkal-langkah proaktif dalam mengenengahkan prinsip-prinsip Islam yang disesuaikan dengan peredaran zaman dalam pelbagai lapangan. Penyerapan nilai-nilai Islam di bidang ekonomi sebagai contoh, telah meletakkan Malaysia di tahap yang membanggaka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syed Nong Mohamad, Shariffah Nuridah Aishah
Format: Article
Language:Malay
Published: 2010
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/2929/1/FH02-FUHA-18-16315.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/2929/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: Malay
Description
Summary:Malaysia sebagai sebuah negara Islam telah mengambil langkal-langkah proaktif dalam mengenengahkan prinsip-prinsip Islam yang disesuaikan dengan peredaran zaman dalam pelbagai lapangan. Penyerapan nilai-nilai Islam di bidang ekonomi sebagai contoh, telah meletakkan Malaysia di tahap yang membanggakan di mata dunia melalui pemakaian prinsip takaful, amanah saham dan pelbagai prinsip muamalat perbankan. Melihat dari sudut perundangan, prinsip-prinsip Islam belum menyerlah pemakaian dan keistimewaannya disebabkan oleh aplikasi common law Inggeris yang masih kuat di bawah Akta Undang-undang Sivil 1956 di samping beberapa perundangan yang berlandaskan undang-undang Inggeris seperti Kanun Keseksaan, Akta Kontrak 1950 dan Akta Keterangan 1960. Konsep diyah merupakan salah satu prinsip gantirugi Islam yang berpotensi untuk diketengahkan memandangkan pemakaiannya yang begitu fleksibel dan efektif dalam menangani kes-kes jenayah dan sivil khususnya dalam kesalahan membunuh dan mencederakan. Peruntukan-peruntukan sedia ada yang kurang memberikan penekanan terhadap kepentingan pihak mangsa atau para warisnya di mana kehilangan yang dialami oleh mereka tidak dibayar gantirugi oleh pesalah menyokong pemakaian diyah. Artikel ini bertujuan untuk menganalisa pemakaian prinsip diyah dalam sistem perundangan jenayah dan tort di Malaysia berhubung kesalahan membunuh dun mencederakan anggota badan. Bagi mendapatkan pandangan yang jelas dan praktikal dalam ruanglingkup perundangan Malaysia yang wujud kini, maka kajian dibuat dari sudut polisi penghukuman undang-undang jenayah Malaysia. Prinsip-prinsip gantirugi di bawah undang-undang tort, pendekatan terkini tentang penilaian kadar diyah dan kedudukan sistem: 'aqilah. Perlaksanaan diyah di negara-negara Islam iaitu Pakistan dan Sudan juga diketengahkan sebagai panduan. Di akhir penulisan, cadangan-cadangan yang dianggap munasabah dan praktikal diutarakan bagi memungkinkan perlaksanaan diyah di Malaysia.