Konsep Wasatiyyah dalam kerjaya menurut Imam Al-Juwayni

Kertas ini berhasrat menanamkan konsep wasatiyyah dalam kerjaya masa kini menurut Imam al-Juwayni bagi menangani isu salah tindakan dan kekeliruan pemikiran yang membabitkan nilai serta keperibadian anggota masyarakat. Dalam hal ini, kerjaya seseorang penjawat awam misalnya, perlu dipantau dan dise...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mustafa, Dr. Mohd Fadzhil
Format: Book Section
Language:Malay
Published: Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM 2014
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/3067/1/fh05-FKI-15-03154.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/3067/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: Malay
Description
Summary:Kertas ini berhasrat menanamkan konsep wasatiyyah dalam kerjaya masa kini menurut Imam al-Juwayni bagi menangani isu salah tindakan dan kekeliruan pemikiran yang membabitkan nilai serta keperibadian anggota masyarakat. Dalam hal ini, kerjaya seseorang penjawat awam misalnya, perlu dipantau dan diselaraskan agar sejajar dengan qudwah hasanah yang ditampilkan oleh peribadi mulia Rasulullah s.a.w. asionalnya ialah ilmu dan latihan yang diperolehi mereka bukan sekadar maklumat namun ia merupakan satu proses penjanaan tapak atau asas kukuh terhadap jalan, manhaj dan nilai kehidupan sebenar. Sehubungan itu, Sunnah nabawiyyah telah memainkan peranan penting menerusi maqasidnya sekali gus menampilkan konsep dan nilai penyelesaian tersendiri lagi berkesan terhadap cita rasa kerjaya seseorang. Justeru, nilai wasati harus difahami secara bersepadu bagi membentuk tingkah laku berkualiti serta menjana hubungan satu masyarakat yang harmoni. Berdasarkan kajian kualitatif melalui kajian perpustakaan dan analisis kandungan teks Sunnah serta karya Imam al-Juwayni, penulis berusaha menterjemahkan konsep dan nilai yang berjaya meningkatkan kefahaman, kesedaran serta keprihatinan masing-masing. Hasilnya, pasti tercetus satu fenomena persefahaman baharu dalam bentuk modul kerjaya masa kini yang lebih seimbang dan sejajar dengan keperluan semasa demi menjaga kestabilan wilayah dan maslahah umum negara.