Kajian Perbandingan Antara Al-Jurjani dan Al-Sakkaki Tentang Haqiqah Lughawiyyah dan Majjaz

Ilmu Balaghah merupakan salah satu cabang ilmu bahasa Arab yang amat penting. Ia berperanan mengetengahkan aspek keindahan yang wujud dalam al-Qur’an dan al-Hadith, di samping menilai keindahan pengucapan lisan bahasa Arab dan sesebuah hasil karya, sama ada yang berbentuk puisi mahupun prosa. Para u...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ab. Halim, Zulazhan, Nasir, Mohd Shahrizal
Format: Article
Language:Malay
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/3788/1/FH02-FBK-14-01587.pdf
http://eprints.unisza.edu.my/3788/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Language: Malay
Description
Summary:Ilmu Balaghah merupakan salah satu cabang ilmu bahasa Arab yang amat penting. Ia berperanan mengetengahkan aspek keindahan yang wujud dalam al-Qur’an dan al-Hadith, di samping menilai keindahan pengucapan lisan bahasa Arab dan sesebuah hasil karya, sama ada yang berbentuk puisi mahupun prosa. Para ulama terdahulu sangat mengambil berat tentang ilmu Balaghah. Pada peringkat awal, mereka memasukkan perbincangan berkaitan ilmu ini dengan ilmu-ilmu lain seperti nahu, saraf dan sebagainya. Hal ini sepertimana yang telah dilakukan oleh Sibawayh (m. antara 161H – 194H) dalam al-Kitab, al-Farra’ (m. 207H) dalam Ma‘ani al-Qur’an, dan al-Jahiz (m. 255H) dalam al-Bayan wa al-Tabyin (Ahmad Matlub, 1964: 80-81). Kemudian ilmu Balaghah ini berkembang sehingga melahirkan beberapa orang tokoh ulama yang membuat kajian khusus terhadap prinsip dan kaedah berkaitan bidang ini, serta menghasilkan pelbagai buku yang hebat untuk panduan generasi selepas mereka. Perbincangan ilmu Balaghah meliputi pelbagai aspek, antaranya mengenai permasalahan haqiqah lughawiyyah dan majaz. Sepertimana yang diketahui umum, ilmu Balaghah adalah satu ilmu yang mengetengahkan sesuatu makna melalui susunan perkataan dan ayat yang berbeza-beza mengikut konteks perkataan dan ayat tersebut. Susunan perkataan dan ayat ini tidak lari daripada dua bentuk, iaitu sama ada ia berbentuk haqiqah ataupun majaz. Justeru, makalah ini akan menghuraikan maksud haqiqah dan majaz serta perbezaan antara keduanya dengan mengambil pandangan ‘Abd al-Qahir al-Jurjani (m. 271H) dan Abu Ya‘qub al-Sakkaki (m. 626H). Kedua-dua orang tokoh ini merupakan antara tokoh terkemuka bidang Balaghah yang telah mengemukakan idea masing-masing berkaitan isu haqiqah dan majaz. Perbincangan mengenai idea kedua-dua orang tokoh ini akan disandarkan kepada kitab-kitab karangan mereka. Al-Jurjani terkenal dengan dua buah kitabnya berkaitan Balaghah iaitu Dala’il al-I‘jaz dan Asrar al-Balaghah, manakala pendapat al-Sakkaki pula dizahirkan menerusi kitabnya yang berjudul Miftah al-‘Ulum.