Peranan Novelis Muslim Dalam Usaha Menyebar Al-Ma'ruf Dan Menyekat Al-Munkar

Lambakan bahan bacaan berbentuk karya kreatif, khususnya novel, dalam dunia kesusasteraan Melayu mengundang keperluan untuk dilakukan penilaian terhadap isi kandungannya. Tidak dapat dinafikan bahawa bahan bacaan karya kreatif turut menjadi wadah sesetengah pihak untuk menyebarkan fahaman dan ideolo...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nasir, Mohd Shahrizal, Yahaya, Mohd Firdaus
Format: Article
Published: 2013
Subjects:
Online Access:http://eprints.unisza.edu.my/3806/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Institution: Universiti Sultan Zainal Abidin
Description
Summary:Lambakan bahan bacaan berbentuk karya kreatif, khususnya novel, dalam dunia kesusasteraan Melayu mengundang keperluan untuk dilakukan penilaian terhadap isi kandungannya. Tidak dapat dinafikan bahawa bahan bacaan karya kreatif turut menjadi wadah sesetengah pihak untuk menyebarkan fahaman dan ideologi tertentu yang menyimpang dari landasan ketetapan Islam. Dari sudut yang lain pula, hasrat sesetengah pihak untuk mengaut keuntungan besar daripada penghasilan karya kreatif turut membentuk situasi buruk terhadap golongan pembaca. Ini kerana kebanyakan daripada mereka yang terlibat tidak memikirkan secara terperinci kandungan yang hendak disampaikan kepada pembaca. Golongan ini lebih suka mengikut kehendak pembaca meskipun kehendak tersebut bertentangan dengan Islam, seperti novel-novel erotik yang tidak wajar disajikan kepada semua peringkat pembaca. Makalah akan memberi fokus terhadap fenomena semasa dalam dunia kesusasteraan Melayu khususnya yang melibatkan karya kreatif berbentuk novel. Justeru, para novelis Muslim perlu diingatkan kembali tentang peranan besar mereka dalam usaha dakwah, dan dalam masa yang sama menjauhkan diri daripada menghasilkan novel picisan. Dakwah yang dimaksudkan di sini merujuk kepada tanggungjawab setiap individu Muslim dalam usaha menyebar al-ma‘ruf dan menyekat al-munkar.