Pendidikan Anak-anak Menurut Abdullah Nasih Ulwan: Kajian Terhadap Peranan Wanita Di Malaysia
Wanita adalah makhluk yang lembut dan penyayang kerana perasaannya yang halus. Sejak dari zaman dahulu lagi, mereka berperanan penting dalam menguruskan hal-ehwal keluarga serta pendidikan anak-anak. Oleh itu, Abdullah Nasih Ulwan telah menulis buku berkaitan Pendidikan Anak-Anak Menurut Pandang...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Book Section |
Language: | Malay Malay Malay |
Published: |
Persatuan Ulama’ Malaysia
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.unisza.edu.my/4141/1/FH05-FKI-19-31210.pdf http://eprints.unisza.edu.my/4141/2/FH05-FKI-19-31211.pdf http://eprints.unisza.edu.my/4141/3/FH05-FKI-19-31214.pdf http://eprints.unisza.edu.my/4141/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Institution: | Universiti Sultan Zainal Abidin |
Language: | Malay Malay Malay |
Summary: | Wanita adalah makhluk yang lembut dan penyayang kerana perasaannya yang
halus. Sejak dari zaman dahulu lagi, mereka berperanan penting dalam
menguruskan hal-ehwal keluarga serta pendidikan anak-anak. Oleh itu, Abdullah
Nasih Ulwan telah menulis buku berkaitan Pendidikan Anak-Anak Menurut
Pandangan Islam. Buku ini menyentuh tentang peranan dan strategi untuk
mendidik anak-anak terutamanya kaum wanita. Wanita mempunyai
tanggungjawab yang amat besar dalam pembentukan dan pembangunan keluarga
serta masyarakat Islam. Selain menjadi ibu, wanita juga merupakan sumber
kekuatan dalaman bagi sesebuah keluarga. Oleh hal yang demikian, tulisan ini
bertujuan untuk menonjolkan teori dan kaedah yang dikemukakan oleh Abdullah
Nasih Ulwan terhadap peranan wanita dalam mendidik anak-anak. Seterusnya,
tulisan ini juga membuat tinjauan terhadap aplikasi wanita di Malaysia kepada
kaedah dan teori berkenaan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif
melalui soal selidik dan kajian perpustakaan untuk menganalisis buku Pendidikan Anak-Anak Menurut Pandangan Islam karya Abdullah Nasih Ulwan. Kajian ini
menggunakan set soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data. Sampel
seramai 442 orang responden telah dipilih dengan menggunakan kaedah
persampelan bertujuan (Purposive Sampling) dalam kalangan ibu bapa di
Malaysia. Secara keseluruhannya, hasil tinjauan mendapati tahap pengaplikasian
wanita di Malaysia terhadap teori dan kaedah berkenaan adalah tinggi. Dapatan
ini menunjukkan kaum wanita di Malaysia memiliki pengetahuan dan kesedaran
akan kepentingan peranan mereka dalam pendidikan anak-anak dan ia perlu
dipertingkatkan dari masa ke semasa demi menghadapi cabaran era globalisasi. |
---|